PH sedia pertimbang pelawaan sertai MPN

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) akan mempertimbangkan pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk blok itu menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama hari ini, menyatakan ia penting untuk bersama-sama menangani pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi, serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan kerajaan semata-mata.

Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Ahad lalu, Ismail Sabri menawarkan ruang kepada kepemimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Kenyataan itu juga menyatakan, fokus PH adalah untuk menjadi pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab.

Pada masa sama, membentangkan cadangan-cadangan alternatif yang bersesuaian kepada dasar-dasar kerajaan, terutama berkait usaha menangani COVID-19, menghidupkan semula ekonomi serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua beradik maut MPV bertembung kereta ketika memotong motosikal

HASRAT dua beradik untuk pulang ke Temerloh berakhir tragedi apabila mereka maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki...

More Articles Like This