Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat.

Mesej itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu majlis Pelancaran Kempen Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, malam tadi.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar yang juga Pengerusi PH menegaskan, budaya itu perlu ditolak kerana Malaysia tidak dibina atas asas kebencian antara kaum mahu pun agama.

Menurut beliau, negara ini terbina dari kesediaan generasi dan pemuka terdahulu yang berusaha mencari serta mencipta titik temu dalam kepelbagaian.

Pada masa sama, kata beliau, generasi terdahulu juga berusaha mengangkat martabat negara secara bersama.

“Sejarah panjang manusia mengajar bahawa membina sesebuah negara atau tamadun, ia menuntut kesabaran yang tinggi, hikmah dan kebijaksanaan, mengelak sikap gopoh serta punyai iltizam yang utuh dan jitu.

“Namun, untuk meruntuhkannya mudah, yakni dengan memicu kebencian, melebar perbezaan dan sikap angkuh yang dibiar menyemarak,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan masa depan negara tidak seharusnya dicorak oleh beberapa pihak yang memecahkan.

“Malah, masa depan negara mesti dipimpin dan dikemudi oleh mereka yang berani menyatukan, tegar berkhidmat dan menterjemah amanah rakyat dengan sikap tanggungjawab yang tinggi,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This