Bonnie Bunyau hadiahkan emas pertama, cipta rekod baharu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KONTINJEN Paralimpik negara mencetuskan kegembiraan seluruh negara selepas atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo, sebentar tadi.

Pingat emas itu hadir menerusi acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg).

Lebih membanggakan, Bonnie juga telah memecahkan rekod baharu Sukan Paralimpik selepas berjaya melakukan angkatan seberat 228 kg.

Bebanan itu sekali gus menyaksikan beliau mengatasi pencabar dari Mesir, Mahmoud Attia yang hanya melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak.

Pingat gangsa pula dimenangi atlet Great Britain, Mickey Yule yang melakukan angkatan 182 kg.

Baca artikel berkaitan: John Beasley seolah-olah terkena nasi kangkang – Azizulhasni

Beliau juga cuba memecahkan rekod dunia dipegangnya dengan bebanan 231 kg tetapi tidak berjaya.

Bonnie sebelum ini menampilkan aksi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Julai lalu.

Kejayaan itu memadamkan rekod dipegang atlet Iran, Roohallah Rostami yang melakukan angkatan seberat 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018.

Prestasi atlet berusia 22 tahun kelahiran Kuching, Sarawak yang juga pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo, Selasa lalu sememangnya membanggakan negara.

Beliau juga berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara dalam acara sama sewaktu Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand, Jun lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This