John Beasley seolah-olah terkena nasi kangkang – Azizulhasni

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“BELIAU taat dengan Malaysia seolah-olah sudah terkena ‘nasi kangkang’ orang Melayu.”

Demikian seloroh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang yang merakamkan penghargaan kepada jurulatihnya, John Beasley susulan kejayaan beliau meraih pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ahad lalu.

Menurut pelumba yang dikenali dengan jolokan ‘Pocket Rocket Man’ itu, Beasley merupakan watak amat penting di sebalik kejayaan beliau selama ini.

Mohd. Azizulhasni, 33, berkata, Beasley merupakan jurulatih yang sangat dihormati dalam arena lumba basikal antarabangsa dan sentiasa menjadi rebutan negara-negara lain.

“Terima kasih kepada jurulatih saya, John Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Walaupun lahir sebagai seorang Mat Salleh Aussie dan berkulit putih, tetapi jiwa beliau sangat dekat dengan Malaysia. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita.

“Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang John Beasley selalu bagi ‘flight meal’ beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup.

Mohd. Azizulhasni menyifatkan John Beasley (kiri) lebih daripada sekadar jurulatih. GAMBAR: FB Azizulhasni Awang

“John Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih dari itu,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Baca artikel berkaitan: Tokyo 2020: Azizulhasni ketuai kumpulan terakhir atlet tiba dari Tokyo

Pada masa sama, Mohd. Azizulhasni turut merakamkan penghargaan kepada pasukan di sebalik tabir yang bersama-sama meredah onak dan duri membantu kejayaannya.

Antaranya ialah pengurus pasukan/penyelaras, Izham Mohammad yang berperanan melancarkan banyak urusan belakang tabir, pembantu jurulatih Harnizam Basri, ahli fisioterapi Mollynica Juanis, dan pakar sains sukan Chee Lee Ming.

Juara dunia keirin 2017 itu juga tidak melupakan rakan sepasukan iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Anis Amira Rosidi, yang sentiasa bersama-samanya ketika senang mahupun susah.

Beliau turut memasang impian untuk melihat ketiga-tiga atlet itu untuk bersama-sama mengibarkan cabaran negara semasa Sukan Olimpik Paris pada tahun 2024 nanti.

“Kami sentiasa ‘push each other’ dalam latihan manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak. ‘Iron sharpens iron’, untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu di kelilingi oleh orang-orang yang bagus dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif.

“Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang disekeliling kita dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap ‘akulah paling bagus dalam dunia ni’,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This