Resipi nasi cendawan

Dari Penulis

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi cendawan yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

1 cawan beras
2 ulas bawang merah – cincang
2 ulas bawang putih – tumbuk
3 cm halia – hiris halus
4 biji cendawan butang – potong kecil
3 biji cendawan shiitake – potong kecil
2 sudu besar mentega
1 cawan air
50 ml susu sejat berkrim
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

CARA

1.Cairkan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau.
2.Selepas itu, masukkan cendawan butang, cendawan shiitake, kacau sehingga cendawan lembut.
3.Seterusnya masukkan beras dan kacau sehingga sekata.
4.Kemudian masukkan air, susu sejat berkrim, garam dan lada hitam secukup rasa. Kacau rata. Tanak sehingga masak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This