Jangankan ibadah, bab makan pun YAHUDI Ingkar Sehingga Daging Membusuk

Dari Penulis

Kalau bukan kerana Bani Israel nescaya makanan dan daging kita tidak akan membusuk dan seandainya bukan kerana Hawa (isteri Nabi Adam) nescaya wanita tidak akan mengkhianati suaminya selama-lamanya.” HR Bukhari & Muslim

Ada dua perkara menarik untuk dibincangkan. Pertama, daging dan makanan yang busuk kerana Bani Israel atau Yahudi. Kedua, khianatnya isteri kepada suami kerana Hawa.

Sheikh Muhammad Taqi Usmani  berpendapat, hadis itu bermaksud Bani Israel adalah bangsa pertama yang suka menyimpan makanan dan daging hingga ia menjadi busuk dan basi.

Jika bukan kerana Bani Israel yang memulakan tabiat buruk itu maka bangsa lain tidak akan menyimpan makanan hingga menjadi busuk. Walau bagaimanapun ia tidak bermakna sebelum kedatangan Bani Israel, makanan dan daging yang disimpan tidak akan jadi busuk.

Faktanya di sini adalah tabiat menyimpan makanan itu dimulakan oleh Bani Israel.  Sebelum kedatangan Bani Israel, makanan hanya disediakan secukupnya untuk keperluan keluarga dan bila ada lebih mereka kongsi dengan orang lain, tidak dibazirkan dengan menyimpannya hingga busuk.

Namun keadaan itu berubah apabila Bani Israel bertindak menyimpan makanan yang tidak habis hingga busuk.

Di dalam membicarakan hadis itu lebih lanjut, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), Suriani Sudi berkata, hadis itu ada kaitan dengan surah Al-Baqrah ayat 57,  

Kami telah menaungi kamu daripada cahaya matahari dengan menjadikan awan itu sebagai payung. Kami juga menurunkan nikmat makanan dan minuman kepada engkau tanpa bersusah payah mencarinya. Kami menurunkan makanan Mann dan Salwa.  Kami berfirman makanlah rezeki daripada makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu.” Sebenarnya mereka tidak menganiaya Kami tetapi yang (hakikatnya) merekalah yang menganiaya diri sendiri.”

Menurut Suriani, Allah memberikan 10 nikmat kepada Bani Israel yang tidak ada pada umat yang lain. Salah satu nikmat itu adalah Manna dan Salwa. Ia hanya diturunkan kepada Bani Israel terus daripada Allah.

Yang dimaksudkan dengan Manna adalah makanan yang manis lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Allah turunkan Manna itu setiap hari dari waktu fajar hingga subuh seperti embun ke atas pokok-pokok tanpa mereka perlu bersusah payah mencarinya.

Manakala Salwa itu pula adalah binatang seperti burung puyuh yang sedap dagingnya. Kedua-dua makanan ini Allah turunkan kepada Bani Israel setiap hari tanpa tertinggal walau sehari pun. 

Tabiat menyimpan makanan hingga menjadi busuk kerana sikap ingkar orang Yahudi

Alangkah, beruntungnya Bani Israel kerana mendapat kurniaan nikmat terus dari pada Allah. Namun ada syaratnya daripada Allah iaitu makanan itu tidak boleh disimpan. 

Semua makanan itu boleh diambil hanya cukup-cukup untuk bekalan makanan seisi keluarga untuk sehari saja. Allah telah berjanji bahawa makanan itu akan turun setiap hari kecuali pada hari Jumaat.

Lantas pada hari itu mereka boleh ambil makanan tersebut lebih sedikit untuk bekalan dua hari sehingga hari Sabtu. Ini kerana pada hari Sabtu adalah hari ibadat Bani Israel. Tapi Bani Israel ingkar perintah Allah. Mereka tetap menyimpan  dan mengambil lebih makanan tersebut.   

Diberi nikmat tapi masih ingkar

Dari hadis itu, sebenarnya Rasulullah hendak menceritakan tentang perangai Bani Israel yang memang suka ingkar perintah Allah. Keingkaran itu bukan sekadar pada ibadat tetapi di dalam soal makan.

Allah sudah janji akan turunkan makanan setiap hari tapi mereka ingkar juga dengan menyimpan dan akhirnya menjadi busuk.

Di situlah menunjukkan mereka tidak percaya dengan janji Allah sedangkan mereka telah lihat di hadapan mata bahawa makanan itu turun hari-hari. Itulah nikmat yang mereka tidak mensyukurinya sedangkan Allah telah berjanji. 

Inilah yang dimaksudkan dengan hadis ‘kerana Bani Israel maka daging membusuk’ iaitu makanan yang tidak habis dimakan itu akhirnya menjadi busuk sedangkan mereka boleh mendapat makanan itu setiap hari tanpa perlu bekerja. Itulah akibat yang Allah berikan kepada Bani Israel kerana tidak percaya perintah Tuhan.

“Memang Bani Israel banyak kelebihan yang diberi oleh Allah tapi mereka tidak bersyukur. Namun mereka minta kepada Nabi Musa nikmat yang lain walau pun telah dapat Manna dan Salwa yang terlalu baik.

Mereka meminta makanan lain daripada Nabi Musa, “Mohonkanlah bagi kami makanan  lain yang tumbuh di bumi seperti mentimun, bawang putih, kacang dal dan bawang merah.”

Permintaan Bani Israel itu disebut di dalam surah al-Baqrah ayat 61,

“Ketika Bani Israel berkata; “Wahai Musa, kami tidak sabar dengan makanan yang sejenis saja. Maka pohonkanlah pada Tuhanmu untuk kami supaya dikeluarkan sebahagian tumbuhan yang ada di bumi seperti sayur-sayuran, metimun, bawang putih, kacang dal dan bawang merah.”  Nabi Musa pun menjawab, “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke kota kerana di sana kamu boleh memperoleh  hajat yang kamu minta itu.”

“Lihatlah sikap mereka, Allah sudah beri yang terbaik tapi masih tidak puas hati. Mereka mahukan makanan lain yang lebih rendah kualitinya. Bukankah itu salah satu tanda orang yang tidak bersyukur.

Orang Yahudi dibunuh beramai-ramai dalam peristiwa pogrom dan dibenci masyarakat dunia kerana sikap mereka yang buruk

Bagaimanapun permintaan tersebut tetap ditunaikan oleh Nabi Musa. Bani Israel diperintahkan keluar menuju ke kota al Teih, berhampiran dengan Baitulmuqaddis untuk mendapatkan makanan yang diinginkan. Sekali gus mereka terlepas Manna dan Salwa yang diturunkan oleh Allah,” jelas Suriani.

Sewaktu hendak berangkat mereka diajar oleh Nabi Musa membaca Hittah. Peristiwa itu ada disebut di dalam surah al-Baqrah ayat 58,

Dan kenangkanlah ketika Kami berfirman, “Masuklah engkau ke bandar ini, kemudian makanlah kamu dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya. Kemudian masuklah (kampung itu) melalui pintunya dengan tunduk sambil berkata: “Ya Allah ampunilah dosa kami.” Lantaran itu Kami mengampunkan kesalahan-kesalahan engkau. Kemudian, Kami akan menambahkan pahala orang yang berbuat baik.”

Allah suruh mereka bertaubat sebelum masuk ke kota tersebut iaitu menyebut Hittah. Namun mereka masih lagi tidak menurut perintah Allah. Walaupun telah diperintahkan Allah agar masuk dengan tunduk namun mereka berjalan masuk secara mengesot sambil menyebut Habbah!Habbah atau Hintah!Hintah dan bukan Hittah! Allah sudah beri panduan melalui Nabi Musa iaitu cara untuk masuk ke kota itu namun mereka tidak ikut.

Mereka sebut nama makanan sedangkan Allah suruh mereka bertaubat. Di situ jelas niat mereka hendak menyanggah perintah Allah dan bukannya berkeinginan sangat kepada makanan itu.

Memang Allah ciptakan di dalam dunia ini satu kaum iaitu Yahudi yang akan sentiasa menderhaka dan melanggar perintah Allah. Lalu Allah menghukum mereka dengan tidak ada tanah atau negara hingga hari ini.

Menurut Suriani, Hittah yang diperintah Allah ke atas Bani Israel untuk menyebutnya sebelum memasuki kota adalah lafaz ibadat. Misalnya seperti bacaan yang kita sering sebut di dalam rukun solat walaupun tidak faham.

Kita kena baca juga begitulah halnya dengan Hittah. Ia adalah lafaz ibadat tetapi mereka bukan saja tidak sebut malah menukar maknanya sekali.

Bani Israel adalah bangsa yang kufur nikmat dan tidak pernah bersyukur malah penuh dengan sifat buruk, degil dan tamak.

Jadi, itulah antara perangai buruk Bani Israel dari dulu hingga sekarang. Hadis itu bukan bermaksud bahawa daging tidak pernah busuk sebelum datangnya Bani Israel. Ia lebih menceritakan pengajaran kepada kita tentang kepentingannya bersyukur.

Siapa yang tidak bersyukur dan taat perintah Allah maka mereka akan dapat balasannya. Umat terdahulu akan dapat balasannya terus tanpa ditangguhkan, jika ingkar. Sekarang ada balasan yang Allah tangguhkan hingga kiamat mungkin juga keran Allah sayangi kita namun ada juga yang diberi serta merta.

Bani Israel adalah bangsa yang kufur nikmat dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada hingga hari ini, penuh dengan sifat buruk, degil dan tamak. Memang mereka bangga Nabi Musa dan nabi-nabi yang lain daripada bangsanya.

Malah mereka menolak Nabi Muhammad s.a.w kerana bukan daripada keturunannya. Sedangkan Nabi Musa yang diutus daripada kalangan mereka pun belum tentu mereka akan ikut perintah Allah.

Inikan pula Nabi yang bukan daripada keturunannya. Sekalipun Rasulullah s.a.w. itu daripada keturunan mereka ia belum menjamin orang Yahudi akan taat kepada perintah Allah.

Setelah bermacam-macam nikmat yang Allah berikan namun mereka tetap ingkar. Allah juga sudah memberi peringatan kepada Bani Israel agar jangan membuat kerosakan di muka bumi ini, nanti perbuatan buruk kamu itu akan menjadi ikutan orang lain.

Dengan lain perkataan janganlah berterusan melakukan kemusnahan sehingga budaya kamu sememangnya budaya jahat dan ganas. Wallahu a’lam

__________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This