Antara hikmah mengapa kita perlu berpuasa pada 10 Muharam (puasa Asyura)
Pertama: Puasa Asyura menggugurkan dosa-dosa setahun sebelumnya. Sabda Baginda s.a.w. “Puasa Asyura aku memohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR Muslim)
Kedua: Sebagai tanda syukur kepada Allah yang telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya dari Firaun dan bala tenteranya.
Ketiga: Terdapat 3 tingkatan puasa pada hari tersebut iaitu pertama (paling afdal) hendaklah puasa pada hari sebelum dan selepasnya iaitu 9 dan 11 muharam (3 hari). Tingkat kedua hanya berpuasa sama ada pada 9 atau 11 muharam (2 hari). Dan tingkat ketiga hanya berpuasa 10 Muharam sahaja (1 hari).
Keempat: Antara asbab mengapa puasa Asyura perlu digandingkan dengan hari sebelum atau selepasnya adalah agar dapat ia berbeza dengan puasa kaum Yahudi.
Kelima: Tiada amalan khusus yang perlu dilakukan selain berpuasa sunat pada 10 Muharam.
Keenam: Muharam merupakan bulan terbaik untuk berpuasa setelah bulan Ramadan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat pada waktu malam.” (HR Muslim)
Ketujuh: Boleh berniat puasa setelah terbit matahari di hari itu sampai waktu zawal (sebelum waktu zohor) selagi mana belum melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa kerana hukumnya sunat sahaja.
______________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

