BUAT hari kedua berturut-turut, kes harian baharu COVID-19 seluruh negara menyaksikan penurunan.
Walaupun masih berada pada paras 19,000, namun jangkitan hari ini menurun kepada 19,057 kes baharu.
Kadar jangkitan yang dilaporkan hari ini sekali gus bermakna jumlah kumulatif kes telah pun mencecah 1.824 juta setakat ini.
Penurunan kes baharu hari ini sebahagian besar disumbangkan beberapa negeri yang mencatatkan pengurangan.
Bagaimanapun, jangkitan di Selangor sedikit meningkat dan terus menjadi negeri tertinggi apabila sebanyak 3,775 kes dilaporkan.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu di Sarawak turut naik semula mencecah 2,723 selepas menurun kepada 2,464 penularan semalam.
Ia diikuti dua lagi negeri yang masih merekodkan kes melebihi paras 2,000 iaitu Sabah dan Johor.
Baca artikel berkaitan: 19,378 kes baharu, Selangor turun, Pulau Pinang naik
Sebanyak 2,279 jangkitan dikesan di Sabah manakala 2,077 dilaporkan di Johor hari ini.
Kedah dan Pulau Pinang yang mencatatkan jangkitan tinggi sejak beberapa hari lalu kekal melebihi 1,000 tetapi sedikit menurun hari ini.
Kes di Kedah merekodkan 1,329 sementara 1,558 dilaporkan di Pulau Pinang.
Namun begitu, penularan di Kelantan dan Perak bagaimanapun meningkat sedikit hari ini.
Selepas masing-masing merekodkan 1,356 di Kelantan dan 1,389 di Perak semalam, kes di kedua-dua negeri itu naik mencecah 1,434 (Kelantan) serta 1,450 di Perak.
Kes harian di Kuala Lumpur kekal berada pada paras 700 apabila melaporkan 711 jangkitan hari ini.
Jangkitan di Terengganu pula naik sedikit kepada 605 hari ini.
Sementara itu, beberapa negeri lain terus mencatatkan trend penurunan dengan Pahang merekodkan 410 kes baharu; Melaka (338) dan Negeri Sembilan sebanyak 242 jangkitan.
Penularan di Perlis bagaimanapun semakin hampir mencecah tiga angka apabila sebanyak 99 kes dilaporkan.
Hanya 18 kes direkodkan di Putrajaya manakala sembilan dikesan di Labuan.
Berikut pecahan kes mengikut negeri:
Sehingga 4 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,057 kes (1,824,439 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,775 (619,167)
WPKL – 711 (175,994)
Sabah – 2,279 (157,285)
Johor – 2,077 (147,193)
Sarawak – 2,723 (127,151)
Kedah – 1,329 (105,881)
Pulau Pinang – 1,558 (93,137)
Negeri Sembilan – 242 (92,580)
Kelantan – 1,434 (83,067)
Perak – 1,450 (72,821)
Melaka – 338 (50,011)
Pahang – 410 (46,416)
Terengganu – 605 (36,122)
WP Labuan – 9 (9,830)
WP Putrajaya – 18 (5,528)
Perlis – 99 (2,256)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

