LRA Sungai Semenyih sudah beroperasi, bekalan pulih Isnin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa dihentikan tugas sementara ekoran insiden pencemaran bau, semalam telah kembali beroperasi semula.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam hantaran di Facebook memaklumkan, bekalan air bagi kawasan-kawasan terjejas akan mula disalurkan secara berperingkat pada pukul 6 petang hari ini.

Menurut Air Selangor, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang pukul 6 pagi, Isnin ini.

“Gangguan bekalan air tidak berjadual di kesemua 463 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, 6 September 2021.

“Kesemua kawasan yang terjejas adalah sama seperti senarai kawasan gangguan air tidak berjadual baru-baru ini. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: Gangguan air: 94 lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas

Terdahulu, sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan Air Selangor ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan di Lembah Klang.

Syarikat itu memaklumkan sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

Air Selangor turut memberitahu bacaan tahap sifar TON sebanyak tiga kali berturut-turut telah direkodkan di Sungai Semenyih pada pukul 6 pagi tadi.

Pengguna di 463 kawasan di Lembah Klang sekali lagi berdepan ‘mimpi ngeri’ selepas terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Kejadian kali kedua dalam tempoh satu minggu itu selepas LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya pada pukul 5.15 petang semalam ekoran insiden pencemaran bau pada sumber air mentah.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This