Peruntukan besar Sabah, Sarawak dalam RMK-12 – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN memberi peruntukan pembangunan sebanyak RM4.66 bilion kepada Sabah dan RM4.47 bilion bagi negeri Sarawak di bawah Rolling Plan 1 2021, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

RMK-12 akan dibentangkan di Parlimen 27 September depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan pembangunan tertinggi berbanding negeri lain itu adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah serta Sarawak.

“Dengan prinsip ‘Bekerja Bersama Rakyat’, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penduduk di Sabah dan Sarawak agar kemakmuran yang dikecapi hari ini dapat dinikmati secara saksama.

“Pada masa sama, saya yakin dan percaya bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg sentiasa mendengar keluh-kesah rakyat, kami seupayanya akan mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia 2021 di Kota Kinabalu malam ini.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan jamin terus perhalusi isu dalam MA63 – PM

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk memulihkan sektor-sektor ekonomi negara khususnya di Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat pandemik.

Selain itu, kata beliau, infrastruktur dan kemudahan asas turut diberi tumpuan dalam memastikan pembangunan mampan dan seimbang merentasi wilayah.

Bagi mencapai hasrat itu, Ismail Sabri berkata Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) 2021 hingga 2025 akan diperluaskan.

Beliau memaklumkan, kerajaan memperuntukkan RM7.7 bilion bagi tempoh lima tahun dengan Sabah diperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion manakala Sarawak RM4.09 bilion sebagai langkah siap siaga beralih kepada teknologi 5G.

Jelasnya, perkhidmatan itu akan memberi manfaat kepada 3.8 juta penduduk di Sabah dan 2.8 juta penduduk di Sarawak.

“Jendela menjanjikan liputan serta kemudahan internet lebih baik dan meluas, demi manfaat bersama Keluarga Malaysia khususnya di Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang.

“Jaminan saya, kerajaan terus komited memperbaiki perkhidmatan jalur lebar di kedua-dua negeri ini. Tiada siapa akan tertinggal, semua orang akan mempunyai akses ke dunia digital dan semua akan terhubung.

“Semoga selepas ini, kita tidak lagi mendengar ada Keluarga Malaysia yang terpaksa memanjat pokok atau bumbung rumah untuk mencari capaian internet pada masa akan datang,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This