Ekosistem ekonomi gig akan diwujudkan – Perdana Menteri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan mewujudkan ekosistem yang menyokong perkembangan ekonomi gig bagi menggalakkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya peluang berkenaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyedari ekonomi gig merupakan sumber penting kepada pertumbuhan ekonomi.

Menurut beliau, ekonomi gig telah membuka peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menambah pendapatan termasuk menawarkan perkhidmatan menggunakan platform digital seperti e-hailing dan p-hailing.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, usaha juga akan dipergiat untuk mengakreditasi platform tempatan berdasarkan piawaian industri ekonomi perkongsian antarabangsa bagi meningkatkan daya saing pada peringkat global.

“Satu rangka kawal selia sedang disediakan bagi memastikan penyedia platform, pekerja dan pengguna adalah dilindungi.

“Kerajaan juga akan memastikan pampasan akibat pengangguran, perlindungan kesihatan dan simpanan untuk persaraan diperkukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul mengenai RMK-12 2021-2025 bertemakan Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’ di Dewan Rakyat hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ekonomi bertambah baik, KDNK berkembang 16.1 peratus suku kedua 2021 – PM

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga akan merapatkan jurang digital terutama antara luar bandar dan kawasan bandar disebabkan perbezaan prasarana jalur lebar melalui penyediaan kemudahan infrastruktur digital.

Dalam hubungan itu, beliau memaklumkan, pusat internet, pusat internet desa dan pusat komuniti desa akan ditransformasi sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik dan bersepadu.

Jelas beliau, penggunaannya juga akan diperluas untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat terlibat dalam e-dagang, latihan kemahiran, pembelajaran dan aktiviti masyarakat.

“Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) bakal menyediakan 100 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk, liputan 5G lebih luas dan jalur lebar talian tetap kepada sembilan juta premis menjelang tahun 2025.

“Pelbagai inisiatif pendigitalan ini dijangka menyokong pencapaian sasaran 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2025,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This