Kenali watak pelakon bernombor 067 dalam Squid Game… gaya mcam superstar!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DRAMA bersiri popular Squid Game yang ketika ini sedang mendunia benar-benar memberi kepuasan buat penonton sejak ia ditayangkan pada 17 September lalu di platform Netflix.

Walaupun di akhir cerita, ramai yang geram dan bengang dengan permainan ‘plot twist’ yang sengaja direka pengarah. Namun, ia tidak mencatatkan rating drama tersebut.

Penulis juga sudah selesai menonton ke semua sembilan episod dalam hanya sehari sahaja! Jujurnya, belum pernah lagi mana-mana drama Korea Selatan yang berjaga buatkan penulis ‘melekat’ di skrin televisyen dengan begitu lama.

Dalam asyik menonton, penulis ralit dan kagum dengan watak Kang Sae Byeok lakonan Jung Ho Yeon yang dikatakan paling menyerlah.

Mimik muka yang bersahaja dan penghayatan karakter yang baik menjadikan watak Sae Byeok yang merupakan pemain bernombor 067 ‘hidup’.

Lantas, penulis mencari info tentang pelakon itu yang berjaya membuatkan satu Malaysia menyebut namanya.

Rupa-rupanya, Squid Game merupakan lakonan pertamanya! Tapi kualiti lakonan yang ditonjolkan benar-benar setanding pelakon papan atas!

Ho Yeon sebenarnya seorang model dan memulakan langkah dalam dunia peragaan seawal usia 16 tahun. Dia juga merupakan naib juara Korea’s Next Top Model musim keempat.

Difahamkan, ketika Ho Yeon berada di New York, dia diminta oleh agensinya untuk merakamkan video uji bakat. Selepas terpikat dengan personaliti dan auranya, pengarah Squid Game telah menghubunginya.

Lantas, wanita berusia 27 tahun itu pulang ke Korea untuk menandatangani kontrak lakonan sebaik sahaja Minggu Fesyen New York berakhir.

Dek penangan Squid Game itu juga, jumlah pengikut Instagram Ho Yeon yang sebelum ini hanya 500,000 kini naik mendadak kepada 5 juta orang!

Oh ya! Drama berkonsepkan ‘survival thriller’ ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak kerana terdapat unsur keganasan yang agak ‘brutal’

Walaupun cerita ini mengambil inspirasi daripada permainan tradisional kanak-kanak, namun ia diolah bagi menyesuaikan genre thriller yang ganas dan melibatkan nyawa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This