Squid Game
Drama Korea Squid Game

DRAMA bersiri Korea yang sarat dengan aksi serta jalan cerita yang penuh dengan pengajaran menjadikan Squid Game yang ditulis dan diarahkan oleh pengarah terkenal Korea, Hwang Dong-hyuk sebagai sebuah drama bersiri paling banyak diperkatakan mengatasi drama-drama keluaran Netflix sebelumnya seperti The Money Hiest.

Drama sembilan episod ini mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang sanggup menggadaikan nyawa mereka sendiri dengan bermain enam permainan survival misteri demi merebut sejumlah wang bagi membolehkan mereka menyelesaikan bebanan masalah kewangan kehidupan masing-masing.

Menariknya drama ini mengetengahkan sisi moral manusia dalam menjalani liku-liku kehidupan sebenar.

Berikut lima fakta menarik di sebalik pembikinan drama Squid Game.

SET SEBENAR

Antara perkara yang memukau di dalam drama ini adalah binaan set penggambarannya yang sangat luar biasa, besar dan kompleks. Set ini dibina dengan saiz yang sangat besar seperti yang kita tonton.

Menurut pengarahnya, Hwang Dong-hyuk, dia sememangnya seboleh-bolehnya ingin menggunakan kesan CGI paling minimun untuk pembikinan drama ini.

GENRE PELBAGAI

Meskipun secara dasarnya Squid Game dilihat merupakan sebuah drama thriller penuh aksi pembunuhan tetapi cerita ini sebenarnya penuh dengan genre yang pelbagai.  

Demi memberikan kepuasan yang maksimum kepada penonton, pengarah sehabis baik telah menampilkan kepelbagaian genre seperti seram, edgy, komedi, suspen dan bukanlah sekadar drama permainan survival semata.

JUDUL ASAL

Pada asalnya drama ini diberi judul yang berbeza. Pada September 2019, Netflix juga telah mengumumkan mereka bakal mengeluarkan siri Korea terbaru berjudul ‘Round Six ‘ yang ditulis dan di bawah arahan pengarah Hwang Dong-hyuk.

Baca artikel berkaitan: Squid Game: Selepas seminggu ditayangkan ramai masih tidak dapat ‘move on’

JUMLAH PELAKON

Jika anda sudah menonton drama ini, sudah pasti anda mengetahui bahawa jumlah permain yang mengikuti permainan di dalam drama ini adalah seramai 456 orang.

Kesungguhan pengarah Hwang Dong-hyuk untuk mengurangkan penggunaan kesan CGI sehingga beliau telah menjemput seramai 456 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk diuji bakat bagi menyertai Squid Game.

Pelakon Squid Game Park Hae-soo yang membawa watak sebagai Cho Sang-woo di dalam satu temu bual Netflix berkata ” Saya melihat mereka pulang satu persatu selepas penyingkiran dan saya dapat merasakan bilik tersebut semakin kosong. Ini juga membuatkan perasaan saya semakin kosong”, kata beliau.

PERMAINAN TRADISI KANAK-KANAK

Jika dilihat daripada segi luaran drama, drama yang sarat dengan aksi kejam dan penuh berdarah ini pasti membuatkan kita tidak terlintas dek fikiran yang permainan yang akan dimainkan dan diketengahkan di dalam drama ini hanyalah merupakan permainan kanak-kanak semata.

Hakikatnya, keseluruhan drama ini menampilkan enam permainan tradisi kanak-kanak yang sangat mengimbau kenangan.

Antaranya, permainan guli, red light green light, sugar honeycomb, glass stepping stone dan squid game.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram