Lembah Klang, Melaka ke Fasa 3, Kedah pula beralih Fasa 2

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS Negeri Sembilan, Pahang dan Johor telah beralih ke fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu lalu, kali ini tiga lagi negeri menerima berita gembira bergerak ke fasa berikutnya.

Tiga negeri terbaharu yang akan beralih ke fasa seterusnya PPN itu melibatkan Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor di samping Melaka serta Kedah.

Peralihan fasa tersebut berkuatkuasa Jumaat, 1 Oktober ini.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan peralihan fasa ketiga-tiga kawasan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik, semalam.

Kata beliau, Lembah Klang dan Melaka akan beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 manakala Kedah pula bergerak ke Fasa 2 daripada Fasa 1 sebelum ini.

Ismail Sabri memaklumkan, peralihan fasa itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Baca artikel berkaitan: Negeri Sembilan, Pahang, Johor beralih Fasa mulai Jumaat

“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan daripada Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 seluruh negara.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 2, 3 dan 4 adalah sama seperti sebelum ini dengan keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my.

Buat masa ini, Labuan dan Negeri Sembilan merupakan negeri atau wilayah yang berada dalam Fasa 4 PPN manakala Perlis, Sarawak, Terengganu, Pahang dan terbaharu Lembah Klang dalam Fasa 3.

Enam negeri lain iaitu Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sabah, Melaka, Johor dan terbaharu Kedah berada dalam Fasa 2.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This