Kalau korang peminat bola dan tak duduk di dalam gua sejak berapa minggu ni, mesti korang tahu isu-isu yang bangkit kat dalam komuniti bola sejak kebelakangan ni. Sejak berapa minggu ni banyak benda pelik-pelik jadi macam Arsenal tiba-tiba dah tak kalah dan Newcastle United pula mungkin jadi Man City versi 2 dengan pengambil alihan Arab Saudi. 

Namun, ada satu benda dalam bola yang tidak berubah iaitu, nasib si Donny Van de Beek yang masih berkampung di kerusi pemain simpanan MU.  

Nasib pemain Belanda itu duduk di tepi setiap minggu membuat penyokong MU rasa murung terutamanya bila Fred Rodrigues, asyik sahaja muncul dalam kesebelasan utama Ole Gunnar Solskjaer bersama dengan Scott McTominay untuk menjadi ‘McFred’ di bahagian tengah.

Fred ni bukannya sister nak cakap tak bagus lah sebab dia ada je buat tackle yang bagus walaupun setiap kali dia try nak press atau pegang bola dia bagi kita panic attack sebab risau hilang bola kan.

Jadi, korang mesti tertanya-tanya, kalau dia ni boleh buat orang lain kabut, kenapa Solskjaer masih letak dia dalam kesebelasan utama dan bukannya Donny Van de Beek? Mungkin untuk korang semua, pemikiran pertamanya adalah Solskjaer tak yakin dengan Van de Beek dan man-management dia lagi teruk daripada Mourinho dengan Pogba tapi hakikatnya senang sahaja.

Sila ambil maklum sister bukannya Sir Alex Ferguson atau Thomas Tuchel jadi semua ini berdasarkan pendapat sister dan para penyokong lain juga.

Korang pernah tak main game dekat dalam phone yang kena gerak-gerakan tunggul kayu untuk lepaskan sebatang yang tersekat? Donny Van de Beek ni adalah sebatang yang tersekat tu kerana Solksjaer nampak macam tak reti nak susun pasukan kesebelasan utama dia setiap kali bermain tapi player dia letak semua power-power dari Varane sampailah ke Ronaldo tapi masih macam kekurangan sesuatu dan mungkin itu Van de Beek.

Van de Beek ni adalah pemain yang bagus dan kalau korang biasa tengok dia dari zaman Ajax Amsterdam, korang tahu dia ni sangat berbeza dengan Bruno Fernandes kesayangan semua orang tu.

Fernandes ni direct dan selalu nak buat hantaran kat member-member dia kat depan tu. Mana yang dia rasa boleh attack, dia hantar terus tapi Van de Beek ni, dia suka pegang dulu bola lama-lama dan ini boleh buka lagi banyak dimensi permainan untuk MU kerana kadang-kadang main laju-laju ni, pergerakan mereka senang untuk dijangka macam masa lawan dengan Everton sakit hati tengok sebab macam tak nak tenang dulu, tunggu peluang yang tepat untuk hantar bola. 

Dah berminggulah sister tengok MU lawan… sampai demam lepas game Aston Villa tu – sister tak gurau, ini 100% cerita benar, dan masa MU lawan Everton. MU laju hantar bola tapi disebabkan kelajuan itu juga, mereka binasa masa counterattack sebab tak sempat track back balik semua orang ke bawah dan mulalah lubuk yang sebesar alam kat tengah midfield.

Masalah ini boleh diperbaiki dengan mendapatkan satu holding midfielder baharu atau, Solskjaer ubahkan cara permainan kepada taktik yang tekankan posisi bola dan pengawalan tempo sesuai dengan cara permainan Van de Beek yang juga suka selit di kawasan penalti sesak. Dia juga boleh jaringkan gol walaupun masa dia baling gula-gula getah kat Ole tu…dia tersasar sikit tapi dia main bola pakai kaki, bukannya tangan.

Ramai mungkin marah dengan Solskjaer kerana asyik bagi harapan palsu suruh Van de Beek warm-up… tapi sebenarnya – Ya! Benar… kamu wajar marah sebab kita semua nampak potensi Van de Beek dan kami turut murung bila tengok dia asyik duduk aje setiap minggu tapi Fred asyik main je.. mendidih darah, sister faham.

Midfield McFred ni ada masa dia berkesan dan ada masa dia sangat goyah, malang sekali banyak kali dah goyah… sepatutnya Solskjaer ubahlah taktik dan turunkan Van de Beek sebab dia tidak rugi apa-apa pun.

Kalau kita nak cakap pasal Solskjaer dan masa depan dia di kelab tu, masih awal musim lagi nak kata apa-apa.. tapi Van de Beek ni dah lama kat MU tapi masih tak kukuhkan posisi dia dekat Liga Inggeris. Bukan sebab dia tidak boleh, tapi tidak diberikan peluang oleh jurulatih sendiri untuk membuktikan keupayaannya.

Disebabkan Solskjaer sendiri tidak ada pendirian, Van de Beek yang kena tempias kerana jurulatih dia tidak ada ‘style of play’ yang jelas membuatkan si pemain Belanda tu kurang faham kenapa MU beli dia.

Kami takkan tahu lah pemikiran Solskjaer ni– rasanya dia pun tak faham diri sendiri sebagai jurulatih macam mana. Tapi kalau nak kata dia beli Van de Beek sebagai back-up untuk Bruno Fernandes mungkin betul tapi kenapa beli pemain yang tak sesuai langsung dengan “cara permainan” pasukan dia?

Ini macam korang beli USB-C tapi korang pakai iPhone. Bazir duit dan benda tu pun akan berhabuk melainkan korang beli phone baru atau charge Macbook korang.

Perubahan mesti dilakukan jadi semua orang puas hati. Siapa je nak bakat macam Donny Van de Beek terbazir duduk kat tepi tu? Saya rasa Solskjaer berfikiran yang sama jadi kini kita nantikan sahaja bagaimana progress MU dalam masa yang akan datang.

  • Penulis adalah graduan kewartawanan UiTM