Positif Covid-19: Tiz Zaqyah tempelak selebriti tak jujur- “…sepatutnya mendidik..kau punya kontroversi bodoh, bangga pula…”

Dari Penulis

PELAKON Tiz Zaqyah menempelak tindakan segelintir artis yang bersikap mementingkan diri dengan merahsiakan status kesihatan biarpun disahkan positif Covid-19.

“Rupa-rupanya ramai selebriti pernah kena Covid-19 tetapi sorok. Mengapa?

“Anda sepatutnya mendidik dan sebarkan kesedaran.Serius!. Fasal Covid-19 nak malu…kau punya kontroversi bodoh, bangga pula,” kata Tizz itu dalam satu ciapan Twitter.

Sebelum ini, Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, pernah dijangkiti Covid-19 pada Mei lalu, turut mempersoalkan sikap golongan yang masih berdegil untuk tidak divaksin.

“Kenapa sampai begini? Apa yang kau lawan sebenarnya? Ambillah vaksin. Manusia, manusia. Fasal kebaikan pun nak bergaduh. Ego. Bongkak. Semua orang dah vaksin, kamu saja belum.

“Kamu lawan, lawan, lawan sedangkan kami semua nak menang bersama. Ya, termasuk kawan-kawan aku yang tak nak vaksin,” luahnya.

Meskipun dia menerima pelbagai komen daripada netizen sebaik sahaja meluahkan pandangannya di media sosial, namun Tiz tetap mempertahankan pendiriannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This