Malaysia jana RM7.2 bilion potensi perniagaan Expo 2020 Dubai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA telah berjaya menjana lebih RM7.2 bilion potensi perniagaan dengan beberapa syarikat yang berpangkalan di luar negara dalam tempoh hanya dua minggu pertama penyertaan di Expo 2020 Dubai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU), tiga surat niat (LoI) dan dua memorandum kerjasama (MoC) telah ditandatangani 14 syarikat Malaysia dengan rakan strategik dari luar negara.

Menurut beliau, syarikat-syarikat luar negara itu berpangkalan di China, Mesir, India, Iran, Oman, Qatar, United Kingdom (UK), Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri memaklumkan, MoU berkenaan antara lain merangkumi teknologi blockchain dan Internet Segala Benda; minyak dan gas; robotik dan automasi; penternakan aquatik dan bioteknologi serta sektor berintensifkan teknologi.

Selain itu, ia turut merangkumi teknologi kenderaan udara tanpa pemandu; teknologi termal dan ultrasound serta bidang pembangunan dan penyelidikan teknologi pengekstrakan herba.

Baca artikel berkaitan: Malaysia duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

“Ini merupakan pencapaian yang amat positif sepanjang dua minggu pertama penyertaan Malaysia di ekspo mega ini ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca COVID-19.

“Dijangkakan momentum ini akan berterusan untuk 25 minggu akan datang dengan sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang terlibat sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, LoI dan MoC yang telah ditandatangani pula melibatkan fabrikasi 1,000 unit modular rumah pintar hijau; pengedaran eksklusif kapal tanpa pemandu; sistem pertanian menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan ramalan penyelenggaraan bagi penyelesaian projek.

Bertemakan Energizing Sustainability, pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai turut mencatatkan lebih 50,000 pengunjung dari 1 hingga 14 Oktober 2021.

Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan juga yakin akan melepasi jumlah sasaran antara RM8 hingga RM10 bilion terutama potensi perniagaan dan perdagangan dalam ekspo selama enam bulan ini.

“Tahniah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi selaku kementerian yang menerajui penyertaan Malaysia ke Expo 2020 Dubai yang mana Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) adalah agensi pelaksana,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat dalam bagasi: Badan tidak dipotong, mangsa maut akibat tetakan di kepala

MAYAT seorang wanita yang ditemukan dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia...

More Articles Like This