Hampir 23 juta lengkap vaksin libat 94% populasi dewasa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBERIAN vaksin seluruh negara masih rancak berjalan dengan harapan tiada seorang pun penduduk tertinggal menerima imunisasi bagi menentang wabak COVID-19.

Walaupun jumlah populasi dewasa yang telah lengkap vaksinasi telah melonjak ke tahap memberangsangkan, namun proses pemberian vaksin tidak terhenti begitu sahaja.

Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula Februari lalu, sebanyak 48.046 juta dos telah pun diberikan ke seluruh negara.

Setakat semalam, 94 peratus populasi dewasa telah pun lengkap divaksinasi termasuk bagi vaksin COVID-19 dos tunggal, CanSino.

Lebih membanggakan, hampir semua negeri telah pun mencapai peratusan melebihi 80 peratus dewasa lengkap vaksin.

Peratusan di dua negeri yang agak terkebelakang sebelum ini iaitu Kelantan dan Sabah juga semakin meningkat.

Sebanyak 76.8 peratus dewasa telah lengkap vaksin di Kelantan manakala 70.8 peratus di Sabah.

Secara keseluruhan, hampir 23 juta individu telah pun lengkap vaksinasi masing-masing setakat semalam.

Jumlah hampir 23 juta atau lebih tepat 22.934 juta itu merangkumi 70.2 peratus populasi keseluruhan.

Baca artikel berkaitan: Hampir 94 peratus dewasa lengkap vaksin, Sabah capai 70.5%

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 25.240 juta individu atau 77.3 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos meningkat melepasi paras 200,000 semalam.

Sebanyak 207,541 dos telah pun diberikan merangkumi 31,266 untuk dos pertama manakala 167,136 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 97.2 peratus.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 7.183 juta atau 85.3 peratus populasi keseluruhan.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.650 juta (70.1 peratus populasi) di Johor; 2.140 juta (54.8 peratus populasi) di Sabah; 1.989 juta (70.6 peratus populasi) di Sarawak dan sebanyak 1.647 juta (65.6 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.392 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.351 juta) dan 1.041 juta di Pahang.

“Seterusnya, Kelantan berjumlah 1.014 juta; Negeri Sembilan telah mencatatkan 845,273 lengkap dos kedua dan 772,535 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 646,198 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 182,119 di Perlis dan 76,027 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.770 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.993 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.355 juta); Sarawak (2.125 juta); Perak (1.831 juta) dan Kedah (1.540 juta).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This