Sebahagian daripada pelajar-pelajar sekolah menerima suntikan vaksin Covid 19 pada Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

KADAR pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus rancak berjalan walaupun negara telah berjaya mencapai prestasi memberangsangkan setakat ini.

Walaupun telah mencecah 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi, namun usaha memastikan lebih ramai divaksinasi tidak terhenti.

Sehingga semalam, peratusan dewasa lengkap vaksinasi telah pun meningkat hampir 94 peratus.

Jumlah hampir 94 peratus atau lebih tepat 93.8 peratus itu adalah termasuk bagi vaksin dos tunggal, CanSino menerusi PICK.

Lebih membanggakan, hampir semua negeri telah pun mencapai peratusan melebihi 80 peratus dewasa lengkap vaksin.

Hanya dua negeri belum mencecah paras itu iaitu Kelantan dan Sabah.

Bagaimanapun, peratusan dewasa lengkap vaksin di Kelantan dan Sabah telah pun melepasi 70 peratus.

Sebanyak 76.6 peratus dewasa telah lengkap vaksin di Kelantan manakala 70.5 peratus di Sabah.

Sejak dilancarkan pada 24 Februari lalu, sebanyak 47.838 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan ke seluruh negara.

Usaha itu juga telah menyaksikan 22.767 juta individu seluruh negara melengkapkan proses vaksinasi masing-masing.

Jumlah itu merangkumi 69.7 peratus populasi keseluruhan telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Baca artikel berkaitan: 91.5% dewasa lengkap vaksin, Kelantan hampiri 80 peratus

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 25.208 juta individu atau 77.2 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos bagaimanapun kekal berada di bawah paras 200,000 semalam.

Sebanyak 134,180 dos telah pun diberikan merangkumi 16,216 untuk dos pertama manakala 115,302 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 97.2 peratus.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 7.150 juta atau 84.9 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.630 juta (69.6 peratus populasi) di Johor; 2.126 juta (54.4 peratus populasi) di Sabah; 1.974 juta (70.1 peratus populasi) di Sarawak dan sebanyak 1.634 juta (65.1 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.377 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.341 juta) dan 1.032 juta di Pahang.

“Seterusnya, Kelantan berjumlah 998,393; Negeri Sembilan telah mencatatkan 839,855 lengkap dos kedua dan 765,240 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 639,603 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 179,974 di Perlis dan 76,007 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.753 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.989 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.353 juta); Sarawak (2.125 juta); Perak (1.830 juta) dan Kedah (1.538 juta).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram