Testosteron untuk wanita hanya eksperimen?

Dari Penulis

Testosteron adalah hormon yang secara amnya, adalah hormon kelakian atau kejantanan bahkan dianggap sebagai penyebab berlakunya keganasan dan kemarahan di kalangan kaum lelaki.

Terapi testosteron juga mempunyai reputasi yang buruk, menyalahi undang-undang dan berbahaya. Ini adalah kerana ramai orang keliru dengan idea perubatan – terapi testosteron dengan penyalahgunaan steroid oleh atlet dan ahli bina badan.

Oleh kerana salah faham ini, maka tidak ramai yang mengetahui tentang kepentingan testosteron dalam badan, khususnya pada golongan wanita.

Banyak kajian terkini menunjukkan bahawa paras testosteron yang normal tidak hanya penting dalam mengekalkan kesihatan lelaki, tetapi juga untuk wanita.

Dalam artikel ini, saya ingin menyatakan kepentingan peranan testosteron dalam badan, dan bagaimana ia boleh membantu untuk memperbaiki tahap kesihatan dan kesejahteraan wanita.

HORMON ‘SEKS’

Testosteron dikenali sebagai hormon seks lelaki kerana ia dihasilkan dalam sistem pembiakan (khusus, testis), dan bertanggungjawab untuk memastikan ciri-ciri pembangunan untuk seksual lelaki.

Ramai wanita tidak mengetahui bahawa mereka juga mengeluarkan hormon seks testosteron juga, dalam ovari dan kelenjar adrenal. Sebelum ini, tidak banyak yang mengetahui tentang peranan testosteron dalam tubuh wanita, banyak saintis dan doktor berpendapat bahawa hormon wanita seperti estrogen dan progesteron adalah lebih penting.

Sama seperti lelaki, paras testosteron wanita akan memuncak apabila mereka berada dalam lingkungan 20-an dan menurun selepas itu.

Masalah mula berlaku apabila paras testosteron turun, seperti testosteron yang rendah boleh mengurangkan motivasi, menyebabkan keletihan, dan menyumbang kepada nafsu seks yang rendah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Angkat Martabat Fiqh Madani, PU Riz Mahu Silibus Haji & Umrah Lahirkan Cendekiawan Islam Berwibawa

LANSKAP pendidikan Islam di Malaysia melakar satu lagi sejarah baharu menerusi pengenalan program akademik yang lebih holistik dan dinamik. Menyedari...

More Articles Like This