Gambar Twitter Pandelela

RATU terjun negara hari ini membuat kenyataan yang menarik perhatian dunia sukan tanah air apabila mengadu dia sendiri sering pernah menjadi mangsa ‘lawak lucah’ yang sering dibuat oleh jurulatih.

Datuk Pandelela Rinong, 28, berkongsi pengalamannya yang apabila terpaksa berdepan dengan jurulatih yang sering membuat lawak lucah terhadap dirinya dan rakan-rakan atlet.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu dalam hantaran di laman sosial Twiternya menulis bahawa dia terpaksa berdiam diri atau terpaksa ketawa kerana takut terhadap jurulatih itu.

“Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) yang suka buat lawak lucah. Saya buat diam je tak pun fake laugh (buat-buat ketawa) sebab takut dia.

“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol,” katanya sambil meletakkan tanda #rapejokeisnotfunny (lawak rogol tidak lucu).

BERITA BERKAITAN Pandelela dianugerah gelaran Datuk, Nancy antara penerima darjah

“Tapi paling sedih dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa sebab backup besar dia adalah head coach (ketua jurulatih) kami sendiri.

“Moral dari cerita ini adalah kita perlukan pemimpin yang baik, yang boleh menilai mana yang baik dan buruk.

“Bukannya menutup mata kesalahan yang dilakukan dan kepada mereka yang terbabit dalam kes seperti ini, tampillah bersuara. Biarpun suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu,” tulis Pandelela di Twitter rasminya.

Bagaimanapun Pandelela berkata, golongan atlet ini sedikit bertuah apabila dilindungi oleh persatuan sukan yang mengambil berat isu membabitkan atlet mereka.

Status yang dimuat naik pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan yang kini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludddin Abu Bakar yang mengumumkan khidmat ketua jurulatih terjun dari China tidak disambung pada Disember 2017.

Ciapan Pandelela itu mendapat pelbagai komen daripada netizen yang turut berkongsi mengenai kisah yang sama berlaku di dunia sukan renang Amerika Syarikat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram