JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Kedah diminta untuk segera menjalankan siasatan dalaman dan mengambil hukuman tegas buang sekolah ke atas sesiapa sahaja yang bersalah dalam kes rogol di Kedah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perhatian utama ketika ini adalah untuk memastikan mangsa diberi bantuan terbaik dalam menempuh situasi sukar ini.
“Sewaktu saya sedang menjawab dalam sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi, negara dikejutkan lagi dengan pelaporan media mengenai kes rogol melibatkan beberapa orang murid di negeri Kedah.
“Saya berkongsi rasa dengan seluruh rakyat – marah, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Semua kejadian yang berlaku bukan kebetulan.
“Betapa kita sedang berhadapan dengan kebejatan sosial yang kian meruncing. Ia menuntut kita untuk bersama-sama berusaha menangani masalah ini demi masa hadapan anak-anak kita,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.
Baca artikel lain: KKM akui 2 kanak-kanak meninggal positif influenza A
Terdahulu, empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di Baling ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kes rogol secara berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah di media sosial.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun pada Ahad lalu kira-kira pukul 11 pagi selepas dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video anaknya berbogel.
Susulan daripada itu, tiga pelajar sekolah dan seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada pukul 9.30 malam pada hari sama untuk membantu siasatan.
Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.
Katanya lagi, polis memandang serius kejadian ini dan meminta orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga supaya memantau kegiatan serta pergerakan anak-anak terutamanya dalam kalangan remaja.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

