syarat beramal hadis dhaif

Pertama: Hendaklah dhaif itu bukan dhaif yang bersangatan.

Kedua: Hendaklah hadis dhaif itu bukan berkaitan dengan hukum hakam, tetapi hanya berkaitan dengan kelebihan-kelebihan beramal. Jadi sekiranya hadis dhaif itu membentuk satu hukum, ia tertolak.

Ketiga: Tidak boleh meyakini bahawa hadis itu datang daripada Nabi s.a.w.

Keempat: Tidak boleh menyeru manusia beramal dengannya. Haram hukumnya menyebarkan hadis dhaif dan kemudian menyeru manusia beramal dengannya.

Kelima: Hendaklah hadis dhaif itu terhasil daripada hukum yang asal yang telah sedia ada. Contohnya, hukum mentaati ibu bapa adalah wajib berdasarkan dalil dari al-Quran dan hadis sahih.

Maka kelebihan mentaati ibu bapa termasuk dalam kelebihan beramal, at-Targhib wat Tarhib. Ia mestilah terhasil daripada hukum asal yang sabit daripada al-Quran atau hadis sahih. Sekiranya kelebihan beramal itu membentuk suatu hukum baru maka ia tidak boleh diterima.

Untuk membentuk hukum solat dengan kelebihan tertentu tidak dibolehkan, sebab itulah Imam al-Nawawi sendiri menolak solat Raghaib sempena awal bulan Rejab kerana tiada hadis Nabi s.a.w tentang solat Raghaib.

______________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare