870,000 hilang pendapatan terima bantuan RM500 esok – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 870,000 individu yang telah kehilangan pendapatan tahun ini akan menerima Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) secara sekali beri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan berjumlah RM500 itu akan disalurkan mulai esok, 26 Oktober.

Kata beliau, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun 2021.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM lancar Skuad Keluarga Malaysia, selaras mekanisme penyampaian bantuan

Menurut Perdana Menteri, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Penerima BKP juga kata Ismail Sabri boleh merujuk soalan lazim yang turut dimuat naik di portal berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi umum keluar parti, dakwa UMNO Johor ‘dikawal istana’

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar parti itu serta-merta. Dakwa beliau, alasan utama...

More Articles Like This