PM lancar Skuad Keluarga Malaysia, selaras mekanisme penyampaian bantuan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Skuad Keluarga Malaysia bagi menyelaras semua mekanisme penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.

Menurut Perdana Menteri, Skuad Keluarga Malaysia itu akan diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kata beliau, ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ismail Sabri memaklumkan, seramai 10,000 Skuad Keluarga Malaysia telah bersedia untuk digerakkan ke segenap pelosok negara bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik.

“Jumlah ini dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri.

“Bagi memastikan kejayaan idea Keluarga Malaysia ini, setiap kementerian dan agensi kini sedang giat mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk diangkat menjadi sebahagian usaha membantu rakyat.

“Ini merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Pra Pelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana, Angkasapuri, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Nilai Keluarga Malaysia berpaksi keluhuran Perlembagaan – PM

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut memperkenalkan mekanisme Keberhasilan Kebahagiaan (KHO) yang juga merupakan pelengkap kepada petunjuk prestasi utama (KPI) bagi memastikan setiap produk Keluarga Malaysia memberi impak positif seperti yang diharapkan.

Beliau memaklumkan, garis panduan itu akan dibentuk berasaskan nilai sejagat sedia ada termasuk indeks kebahagiaan yang diguna pakai kebanyakan negara seluruh dunia.

Perdana Menteri memaklumkan, pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian serta agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif untuk rakyat dengan pantas serta berkesan.

Kata beliau, ia merupakan usaha mencari kebersamaan agar pemegang taruh utama iaitu Keluarga Malaysia merasai nikmatnya.

“Suka saya menarik perhatian semua, 24 hari selepas pembentukan Kabinet baharu, kerajaan telah melancarkan inisiatif Rumah Ikram Keluarga Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang melibatkan 2,000 unit rumah yang menjadi teduhan keapda Keluarga Malaysia yang kehilangan serta kekurangan pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Kementerian-kementerian melalui penyelarasan berterusan telah merangka pelbagai inisiatif dan usaha bagi memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang akan ketinggalan atau no one will be left behind,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This