Pejuang tak sertai PRN Melaka, enggan bantu sesiapa – Tun M

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan, kata Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada masa sama, Dr. Mahathir turut menegaskan, parti tersebut tidak akan membantu mana-mana pihak dalam PRN Melaka.

Kata beliau, keputusan tersebut diambil kerana beranggapan pihak yang terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka sebagai tidak serius untuk berkhidmat demi rakyat.

Menurut Dr. Mahathir, Pejuang juga percaya siapa pun yang terpilih untuk mendirikan kerajaan selepas 20 November nanti tidak akan mampu membawa perubahan kepada negeri Melaka dan juga rakat.

“Awal-awal lagi saya nak nyatakan, Pejuang tidak akan ambil bahagian dalam PRN ini sebab kita anggap ini mainan politik orang yang tidak serius.

“Kita masuk politik untuk berkhidmat kepada negara, memajukan dan beri kehidupan lebih selesa kepada rakyat tetapi mereka ini cuma masuk politik untuk dapat jawatan.

“Mereka yang merancang ini dengan harapan mereka akan menggantikan kerajaan kerana mempunyai majoriti cukup tetapi pihak musuh daripada parti sama berusaha supaya DUN dibubar dan dengan itu kita terpaksa adakan PRN,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Biarlah Dr. Mahathir dengan ‘politik labu-labunya’

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir menegaskan sekarang ini bukan masa terbaik untuk mengadakan PRN lebih-lebih lagi negara sedang berada dalam pemulihan akibat pandemik.

Berdasarkan pengalaman di PRN Sabah sebelum ini, beliau berkata, bilangan kes telah meningkat selepas ia dilaksanakan sehingga mencecah jumlah yang tinggi.

“Kita khuatir akan ada sekali lagi gelombang berpunca daripada PRN Melaka. PRN ini tidak patut diadakan sama sekali dan kejatuhan kerajaan Melaka juga tak patut diusahakan.

“Seolah-oleh mereka anggap DUN itu adalah hak mereka dan boleh buat apa sahaja yang mereka suka.

“Kita dalam Pejuang tak ingin terlibat dengan kegiatan seperti ini kerana kita lihat politik di Malaysia ini sudah jadi cukup kucar-kacir,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This