BERITA gembira kepada ibu bapa apabila kerajaan bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi menyediakan kelengkapan awal sekolah anak-anak.
Ia merupakan sebahagian daripada RM52.6 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Bajet 2022.
Peruntukan kepada KPM itu juga kekal terbesar merangkumi 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula bakal diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah peruntukan bagi Bantuan Awal Persekolahan itu meningkat berbanding RM100 yang diberikan sebelum ini.
“Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dijangka memanfaatkan tiga juta murid-murid yang layak.
“Bajet ini kekal mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Bajet 2022: Duti eksais atas produk cecair vape
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan meneruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM400 juta.
Katanya, ia bagi memastikan murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh.
“Sebahagian perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

