‘Ini bukan pasal ‘happy’ tapi tanggungjawab selamatkan periuk nasi rakyat’, Tengku Zafrul jawab Tun M

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“INI bukan pasal happy (gembira) Tun, tapi tanggungjawab untuk menyelamatkan periuk nasi dan mata pencarian rakyat Malaysia.”

Demikian kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan kelihatan ‘happy‘ dengan hasil rundingan tarif Amerika Syarikat (AS).

Menurut Tengku Zafrul, isu tersebut bukanlah untuk berasa gembira tetapi mengenai pengurusan krisis yang bertanggungjawab.

Beliau menegaskan, kerajaan telah berunding untuk mengelakkan kadar tarif AS sebanyak 25 peratus yang mengancam RM198 bilion eksport dan 100,000 pekerjaan hanya dalam elektrik dan elektronik (E&E) sahaja.

“Kita memperoleh kadar 19 peratus yang sama seperti rakan ASEAN yang lain, mengutamakan kepentingan negara dan kestabilan ekonomi,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Berhubung dakwaan Dr Mahathir bahawa Malaysia telah menghapuskan semua cukai ke atas 11,000 produk AS yang memasuki Malaysia, Tengku Zafrul menegaskan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Baca artikel lain: Beli Boeing tak guna wang rakyat, ia keputusan strategik MAG – Tengku Zafrul

Beliau berkata, hanya 60.4 peratus baris tarif sahaja yang dikenakan duti sifar, bukan sehingga 100 peratus.

“100 peratus dengan 60 peratus itu jauh bezanya, Tun. 60 peratus lebih sikit daripada separuh, langsung tak sama dengan semua (100 peratus). Jadi tuduhan Tun jelas PALSU,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul turut menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa Malaysia bersetuju untuk memberi hak eksklusif kepada AS bagi pembekalan nadir bumi (REE).

“Cuba baca balik kenyataan rasmi, Tun. TIADA perjanjian untuk bekal nadir bumi secara eksklusif.

“Dan tak ada mana-mana kenyataan pun yang menyatakan kita akan bekalkan nadir bumi mentah yang tidak diproses. Malah, dasar sedia ada jelas mewajibkan nadir bumi diproses dalam negara sebelum dieksport.

“Boleh Tun kongsi sumber tuduhan Tun tersebut? Tak salah untuk mengkritik, tapi bila kritikan itu berlandaskan kepada tuduhan palsu, itu SALAH!,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This