Bajet 2022: PM hargai idea, pandangan Keluarga Malaysia

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkannya dekat di hati beliau atas segala lontaran idea dan pandangan dalam menyempurnakan Bajet 2022 ini.

Perdana Menteri turut berharap hasrat membangun semula negara dengan kebahagiaan yang lebih tersulam dan dengan semangat Keluarga Malaysia dapat direalisasikan. 

“#Bajet2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” adalah tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau.

 Kerajaan membentangkan Bajet 2022 hari ini dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion untuk menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi yang makmur serta mampan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata bajet mengembang itu mengambil aspirasi konsep Keluarga Malaysia dan turut dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This