PELAKSANAAN Cukai Makmur yang diumumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022, Jumaat lalu disasar mampu menjana pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM3 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, cukai berkenaan akan dikenakan kepada syarikat yang memperoleh pendapatan bercukai melebihi RM100 juta secara one-off tahun hadapan.
“Bagi pendapatan bercukai RM100 juta pertama dikenakan cukai pada kadar 24 peratus dan selebihnya pada kadar 33 peratus secara one-off.
“Kita tak pasti (jumlah sebenar), namun kita menjangkakan anggaran sekurang-kurangnya RM3 bilion ke atas,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya anggaran perolehan kerajaan daripada pelaksanaan Cukai Makmur.
Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022, Jumaat lalu mengumumkan kerajaan bercadang memperkenal cukai khas secara one-off kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi dikenali sebagai Cukai Makmur.
Baca artikel berkaitan: Bajet 2022: Syarikat jana pendapatan tinggi kena Cukai Makmur
Cukai tersebut dicadangkan bagi memastikan sistem kesihatan awam lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan.
Sementara itu, ketika menjawab satu lagi soalan Ahmad sama ada kerajaan bercadang mengkaji mewujudkan cukai nilai tambah (VAT), Yamani Hafez berkata, cadangan tersebut mesti diteliti untuk menentukan kaedah terbaik.
Kata beliau, kerajaan menerima banyak cadangan untuk mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau VAT.
“Paling penting, kita kena pastikan masa yang sesuai untuk melaksanakannya.
“Kita juga perlu belajar untuk memperkasakan dan belajar daripada kelemahan sewaktu melaksanakan GST pada masa lalu terutama sekali dalam kaedah bayaran balik,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

