Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksana, protes Bajet 2022

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BANTAHAN dan mogok kali kedua akan diadakan Gerakan Hartal Doktor Kontrak sebagai tanda protes terhadap pembentangan Bajet 2022.

Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menegaskan Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Jumaat lalu langsung tidak menyelesaikan masalah doktor kontrak.

Menurut HDK, isu doktor kontrak dan masalah sistem kesihatan negara yang boleh menggadaikan masa depan kesihatan rakyat tidak dipandang serius Tengku Zafrul.

“HDK merasakan tiada langkah tanggungjawab penuh diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tawaran yang diberikan tidak masuk akal dan hanyalah sebuah langkah membuang masa,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik ke Twitter, malam tadi.

Menurut HDK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga langsung tidak memberikan sebarang bantahan kepada Kementerian Kewangan berhubung isu tersebut bagi membela hak doktor kontrak.

“Lima tahun dalam perbincangan, masih tiada penyelesaian.

“Janji lantikan tetap dengan (caruman) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sering kali diwar-warkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.

“Setelah dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan COVID-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Syukur…Menteri Kesihatan jamin tiada tindakan terhadap doktor kontrak sertai mogok

Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022, Jumaat lalu mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan perkhidmatan kontrak bagi 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk tempoh maksimum empat tahun berbanding dua tahun ketika ini.

Ia bertentangan dengan desakan HDK sebelum ini yang menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu selain hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap termasuk cuti dan faedah.

Julai lalu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak mengadakan perhimpunan aman di seluruh negara ekoran kegagalan memenuhi tuntutan yang disuarakan gerakan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This