Untuk kekal relevan, format program Suara Viral 2.0 ditambahbaik

Dari Penulis

PROGRAM realiti Suara Viral 2.0’ ialah sebuah pertandingan nyanyian terbitan Astro Prima yang bermatlamat untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian tanpa mengira latar belakang bagi mewarnai persada seni hiburan tanah air.

Penyertaan untuk musim kedua kini diluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara yang memiliki status Pemastautin Tetap (PR) berumur 18 tahun ke atas.

Peserta juga boleh menonjolkan bakat terpendam secara solo, duo, berkumpulan dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli.

Seiring dengan perubahan trend hiburan semasa, program Suara Viral 2.0 bakal memperkenalkan pembaharuan daripada segi format serta senarai tarikan utama yang melibatkan barisan juri dan hos sebagai kelainan segar untuk terus kekal relevan.

Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, Suara Viral bermula sebagai sebuah platform yang mengetengahkan bakat barisan pelantun suara bekerjaya yang tular di media sosial ke pentas komersial.

“Kini jenama Suara Viral sebagai program pencarian bakat diluaskan ke skala yang lebih besar untuk mencungkil bakat nyanyian di kalangan rakyat Malaysia dan penduduk tetap di negara ini sekaligus menzahirkan impian serta keinginan mereka untuk bergelar bintang.

“Selain memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai peserta berbakat di luar sana, penganjuran musim terbaharu menerusi edisi Suara Viral 2.0 juga pastinya lebih mantap dengan penambahbaikan daripada segi format asal pertandingan dan pertukaran barisan utama demi memastikan kandungan program ini sentiasa ‘up-to-date’ supaya kekal relevan sekaligus memberi pengalaman baru kepada audiens.

Tambah Norzeha, dia amat berbesar hati dengan kehadiran nama-nama besar yang kesemuanya mempunyai latar belakang dan reputasi cemerlang kerana sudi berkongsi tip, pengalaman, ilmu dan kepakaran dengan keluarga Suara Viral 2.0.

“Peranan mereka dalam menjayakan program ini amat penting kerana setiap bimbingan dan inspirasi yang disalurkan kepada para peserta pastinya memberikan impak yang mendalam sekaligus membantu untuk mencorakkan permulaan perjalanan seni mereka dalam bidang hiburan.

“Daripada segi penyertaan pula, sambutan untuk musim ini amat menggalakkan sekaligus menjadikan ia sebagai cabaran kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar menonjol untuk diserap masuk.

“Semoga pembaharuan yang diperkenalkan pada musim ini mampu melonjakkan kegemilangan jenamaSuara Viral ke peringkat yang lebih tinggi.” ujarnya.

Antara barisan juri yang dipertanggungjawabkan ialah Datuk Hattan, Marsha, Haqiem Rusli dan Aina Abdul selain juri jemputan dan juri viral yang akan diundang pada setiap minggu.

Format penjurian untuk edisi kali ini pula akan menggunakan sistem liga yang ditentukan berdasarkan pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Seramai enam peserta yang akan berentap secara kalah mati untuk setiap pusingan selama tujuh minggu.

Juara mingguan secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir untuk bersaing sekali lagi bagi menempah tempat ke pusingan akhir. Hanya empat finalis terbaik sahaja yang akan terpilih untuk beraksi di episod kemuncak bagi merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Bagi menambahkan lagi keunikan musim terbaharu, Suara Viral 2.0 juga akan memperkenalkan konsep Tangga Viral yang mana setiap peserta dikehendaki memulakan persembahan masing-masing dengan berdiri di kedudukan anak tangga teratas.

Peserta juga perlu menyambut cabaran untuk menyanyi dalam suasana yang berlatarkan bayang silhouette bagi menambat hati juri berdasarkan kemantapan vokal dan bakat nyanyian semata-mata.

Jika juri terhibur dengan persembahan tersebut, mereka boleh menekan butang ‘buzzer’ yang berfungsi untuk menyalakan lampu di setiap anak tangga sekaligus akan mempamerkan wajah peserta dengan jelas.

Konsert mingguan Suara Viral 2.0 akan ditayangkan pada setiap Rabu, pukul 9 malam mulai 17 November ini di Astro Prima (105).

Pengacara dan pelawak Danial Zaini serta penyanyi Naim Daniel akan bergandingan untuk mengendalikan program berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This