Drama Hati Yang Dikhianati ditunda, Isyariana ajak sama-sama putuskan rantaian Covid-19

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENANGGUHAN tayangan drama Hati Yang Dikhianati (HYD) disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah jalan terbaik untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagi pelakon Isyariana, dia menyifatkan keputusan itu adalah langkah terbaik memandangkan penggiat seni tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti penggambaran demi memutuskan rantaian virus berkenaan.

“Saya rasa penundaan siaran untuk HYD adalan jalan terbaik selepas pengumuman PKP 3.0 diumumkan untuk keselamatan semua pasukan yang terlibat di dalam pembikinan HYD.

“Seperti yang kita tahu virus Covid-19 bergejala dengan lebih pantas tanpa mengira sesiapa. Jadi,penundaan siaran ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

“Walaupon siaran HYD sudah berada di pertengahan tapi Insya-Allah kita doa yang baik-baik supaya negara kembali pulih daripada virus Covid-19 dan kru penggambaran boleh kembali menjalankan penggambaran serta bersiaran semula,” katanya kepada URTV.

Terdahulu, produksi Global Station telah menghentikan penggambaran drama HYD yang ditayangkan di Astro Prima menerusi slot Tiara.

Keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan PKP atau ‘total lockdown’ yang diperintahkan oleh kerajaan.

Sementara itu, Isyariana,31 turut menyarankan agar orang ramai mematuhi arahan kerajaan dan tidak keluar rumah jika tiada hal mustahak.

“Kepada semua peminat dan penonton, saya berharap agar semua kita bersatu-padu mengikuti perintah kerajaan semasa tempoh PKP 3.0 ini. Duduk lah dirumah, sama-sama putuskan rantaian Covid-19.

“Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan dirumah untuk menjadi positif, kita boleh masak atau cuba menu yang kita tak pernah buat.

“Cabar diri kita untuk menghafal atau buat sesuatu yang membantu kita berfikir selain menonton filem atau drama yang terlepas.

“Kalau rasa nak berbual dengan seseorang, kita boleh telefon ibu bapa, ahli keluarga dan kawan rapat bertanyakan khabar. Jom kekal positif dan perangi Covid-19 bersama dengan duduk di rumah ‘lockdown’ diri kita sendiri okay.

HYD turut dibintangi Amar Baharin, Mona Ellen, Zamarul Hisham, Mia Nasir, Shah Iskandar dan Arena Lieya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This