kisah lelaki seribu nama

Peralihan dan peredaran zaman menyaksikan, bukan sahaja cara hidup berubah  bahkan  pemberian nama  kepada  anak-anak juga turut terkena  tempiasnya.  Kalau dahulu, nama seperti  lonjong, bulat, hitam atau apa sahaja nama yang mudah disebut akan menjadi panggilan kepada seseorang tapi tidak pada hari ini. 

Daripada nama-nama yang agak pelik, ia berubah menjadi nama yang sedap dipanggil. Antaranya, Fatimah, Aisyah, Khadijah dan banyak lagi. Malah bilangan nama yang diberikan juga turut bertambah. Daripada hanya satu panggilan nama, menjadi dua dan kini paling panjang pun kebanyakannya tiga nama, contohnya, Muhammad Arif Daniel atau macam-macam lagi.

Tapi tahukah anda, Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai pelbagai nama. Disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Ahwadzi fi Syarh at-Tirmidzi menyebut, jika Allah mempunyai 1000 nama begitu juga dengan Muhammad s.a.w. yang turut memiliki 1000 nama.

Pun begitu dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. hanya menyebut beberapa nama daripada banyak nama yang menjadi miliknya. Antara nas yang menyebutnya ialah, Daripada Sufyan bin Uyainah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri dia mendengar Muhammad bin Jubair bin Muth’im menceritakan, daripada ayahnya bahawa Nabi s.a.w bersabda,

“Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah al-Mahi (sang penghapus) yang kerana dirikulah kekufuran dapat dihapuskan. Aku adalah al-Hasyir (sang pengumpul) yang ditumitkulah manusia akan dikumpulkan. Dan aku adalah al-Aqib. Al Aqib adalah seseorang yang tiada seorang pun Nabi setelahnya yakni dia datang setelah mereka semua.” HR Bukahri.

Menghuraikan hadis di atas, pakar bahasa Arab menjelaskan, seseorang disebut Muhammad dan Mahmud, apabila ada pada dirinya berbagai-bagai-bagai hal yang terpuji. Dan kerana itulah Nabi s.a.w. diberikan nama Muhammad.

Ibnu Faris pula mengatakan, Allah memberi ilham kepada keluarga Muhamad agar dinamakan bayi yang akan dilahirkan itu dengan nama Muhammad kerana diketahui adanya sifat-sifat indah atau baik pada  diri Muhammad s.a.w. 

Manakala maksud bagi al-Mahi, para ulama sepakat mengatakan kerana kehadiran Muhammad menghapuskan segala kekufuran dari Mekah, Madinah dan semua negeri Arab lainnya termasuk ke setiap penjuru bumi.

Nama Muhammad hanay disebut 4 kali sahaja dalam al-Quran

Apa sekalipun, banyak nama diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w. namun tiada satu pun daripada ayat al-Quran yang menghimpunkan sekali gus nama-nama panggilan yang diberikan kepadanya. 

Misalnya, memanggilnya Muhammad dan Ahmad secara bersama. Sebaliknya Allah tetap memanggilnya dengan gelaran-gelaran tertentu seperti “Wahai Nabi”, “Wahai rasul”, “Wahai orang yang berselimut” dan banyak lagi. Sekali gus susuk tubuh yang diberi nama Muhammad itu adalah orang yang paling dikasihi Allah S.W.T. dek kerana panggilan yang pelbagai itu.

Dicatatkan juga, nama Muhammad diulang dalam al-Quran sebanyak empat kali sahaja manakala dipanggil dengan nama Ahmad hanya sekali.  Antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut nama Muhammad ialah, Surah Ali Imran: 144, Surah Al-Ahzab: 40, Surah Muhammad: 2 dan Surah Al-Fath: 29

Manakala dalam surah as-Shaf: 6, nama Baginda s.a.w. dipanggil dengan panggilan Ahmad. Selebihnya, Allah S.W.T. memanggil Baginda s.a.w. hanya dengan merujuk kepada gelarannya sahaja. Walaupun begitu nama beliau telah dikenali di seluruh dunia hinggalah hari kiamat nanti.  Wallahu a’lam

_____________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare