
CALON Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa hubungannya dengan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen retak dan bermasalah.
Menurut Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, hubungan mereka baik bagi memastikan kemenangan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Sebagai Ketua Bersatu Masjid Tanah, Mas Ermieyati menegaskan menghormati kedudukan Mohd. Rafiq.
Pada masa sama, beliau turut memaklumkan saling bertukar pendapat dengan Mohd. Rafiq dalam usaha memajukan parti dan PN secara keseluruhannya.
“Saya tiada masalah dengan beliau (Mohd. Rafiq) kerana kami bersama-sama dalam parti dan ingin mencapai kemenangan pada PRN kali ini.
“Beliau Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, kenapa kami harus bermasalah?,” soal Mas Ermieyati seperti dilapor BH Online.
Baca artikel berkaitan: Pertarungan Mas Ermieyati,Rauf jadi tumpuan, nasib tiga bekas KM tarik perhatian
Beliau berkata demikian selepas melepaskan konvoi bermotosikal ahli dan penyokong Bersatu di Bilik Gerakan PN, hari ini.
Sementara itu, Mas Ermieyati turut menegaskan tidak pernah mengimpikan jawatan selaku Ketua Menteri Melaka.
Kata beliau, fokus utamanya ketika ini hanya ingin berkhidmat untuk masyarakat di Tanjung Bidara dan Parlimen Masjid Tanah.
Ia susulan dakwaan kononnya Mas Ermieyati bakal dipilih oleh pucuk pimpinan PN sebagai calon Ketua Menteri jika parti berkenaan menang dalam PRN Melaka.
Mas Ermieyati bakal berdepan saingan tiga penjuru dengan dicabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram