Pak Lah sihat, cukup-cukup sebarkan berita tidak benar – Reezal Merican

Dari Penulis

LAGI berita palsu mengenai kematian Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) tersebar di media sosial, hari ini.

Berita itu dinafikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi perkongsian yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya.

Menurutnya, beliau baru sahaja menghubungi isteri Pak Lah, Tun Jeanne bagi bertanyakan perkara itu.

“Saya ada terbaca sebaran berita yang mengatakan Tun Abdullah Badawi telah meninggal dunia.

“Saya nafikan berita ini. Cukup-cukup sebarkan berita tidak benar,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, Tun Abdullah dan Tun Jeanne sedang bercuti di dalam negara ketika ini.

“Alhamdulillah, Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne.

“Kita sama-sama doakan Tun Abdullah dan Tun Jeanne sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah Taala,” tambahnya.

Sementara itu, Reezal turut berkongsikan gambar lama beliau bersama Tun Abdullah dan Tun Jeanne.

“Rindu mereka berdua,” katanya.

Tular sebelum ini tangkap layar individu tidak bertanggung jawab menyatakan Pak Lah meninggal dunia.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua berita palsu mengenai kematian Pak Lah tular di media sosial pada tahun ini selepas 16 Jun lalu.

Pejabat Abdullah kemudiannya menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

————————————–

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This