Rosyam Nor dah ada geng ‘hero’! -“Proses yang panjang selama 32 tahun…”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS 32 tahun menanti, akhirnya pelakon disegani, Datuk Rosyam Nor dikurniakan cucu lelaki pertama dalam keluarganya.

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin,54, meluahkan kegembiraannya itu menerusi entri di Instagram selepas anak perempuan keduanya, Nur Anis melahirkan bayi sulungnya semalam.

“32 tahun! Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurniaan-Mu.

“Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan. Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azreen, dikurniakan tiga cucu perempuanโ€ฆAlhamdulillah,” tulisnya.

Tambah Rosyam, dia dan isterinya, Datin Runika Yusof sememangnya menginginkan ‘hero’ dalam keluarga besarnya.

“Proses yang panjang selama 32 tahunโ€ฆtunggu Sang hero.

“Alhamdulillah, semalam anak aku, Nur Anis selamat melahirkan.

“Cucu lelaki! Apa nama nak letak?,” kongsinya.

Nur Anis,28 mendirikan rumah tangga dengan Faris Anuar pada 20 September 2019.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This