Rosyam Nor teroka industri automotif, rasmi pembukaan pusat servis motosikal Spana

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENERBIT dan pelakon Datuk Rosyam Nor terus mengukuhkan empayar perniagaannya dengan menceburi bidang automotif melalui pembukaan pusat servis motosikal, Spana.

Pusat servis yang terletak di lokasi strategik, Semenyih, Selangor itu bertujuan memberikan perkhidmatan penyelenggaraan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, khusus untuk komuniti penunggang motosikal di Malaysia.

Berbeza dengan bengkel biasa, Spana tampil dengan konsep yang lebih kemas, moden, dan sistematik. 

Menurut Rosyam, idea ini tercetus daripada pemerhatiannya terhadap keperluan penunggang motosikal yang mahukan servis yang pantas dan jujur.

“Saya mahu Spana menjadi destinasi di mana penunggang motosikal merasa dihargai. 

“Kita bukan sekadar mahu baiki motor, tapi kita nak bagi ketenangan minda kepada pemiliknya. 

“Biar mereka tahu motor mereka dijaga oleh tangan yang pakar dengan peralatan yang betul,” katanya kepada URTV.

Antara keunikan yang ditonjolkan oleh Spana termasuklah mekanik terlatih, ruang menunggu yang selesa dan harga yang cukup kompetitif.

“Harga setiap servis kami semuanya ada di dalam laman sesawang rasmi Spana. Tiada caj tersembunyi. Jdinya, bila pelanggan nak datang ke kedai, mereka boleh tahu bajet.

“Tak perlu risau, harga di pusat servis kami agak berpatutan berbanding tempat lain.

“Cuma saya nak beritahu pusat servis di sini hanya menawarkan perkhimatan minor saja. Untuk perkhidmatan major pula, kami sedang dalam rangka untuk membuka sebuah lagi pusat servis di lokasi yang akan diumumkan nanti,” ujarnya.

Pemilihan nama Spana adalah simbolik kepada peralatan asas yang paling penting dalam dunia mekanikal, mencerminkan komitmennya untuk kembali kepada asas perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

“Dalam perniagaan, kepercayaan adalah kunci. Saya letakkan nama dan reputasi saya dalam projek ini kerana saya percaya kualiti perkhidmatan adalah segalanya. 

“Kami juga membuka peluang kepada anak-anak muda lepasan kemahiran yang berkaitan dengan automotif untuk bekerja dengan kami.

“Kami mahu melahirkan lebih ramai usahawan muda dan lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Melayu yang berjaya dalam bidanh ini

“Insya-Allah, Spana akan terus berkembang dan membantu lebih ramai anak muda serta komuniti ‘rider’ kita di luar sana,” ungkapnya yang bercadang untuk menambah cawangan di beberapa lokasi antaranya Shah Alam, Cheras, Kajang dan Bangi.

Spana turut memperkenalkan pakej keahlian tahunan pada kadar RM100 setahun yang menawarkan pelbagai manfaat termasuk bantuan kecemasan dan keistimewaan eksklusif kepada ahli.

Sempena pelancaran, pihaknya memperkenalkan Contest Video Terpaling Viral dengan peluang memiliki Yamaha Y16 pada harga RM88.88 serta Contest Pocket Bike RM8.88 melibatkan 10 unit untuk dimenangi.

Pelancaran ini menandakan permulaan kepada aspirasi besar Spana untuk menjadi peneraju model servis motosikal berteraskan komuniti di Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TV AlHijrah, MAIWP santuni 30 pelajar asnaf menerusi program Bangkit Asnaf 2026

PEMBANGUNAN modal insan dan suntikan motivasi berterusan menjadi kunci utama dalam usaha membebaskan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan tegar. Menyedari...

More Articles Like This