Tak minat belajar punca Rosyam Nor masuk ke dunia lakonan, bukan mudah hidupkan watak Cikgu Sunan dalam Memoir Seorang Guru

Dari Penulis

PELAKON, Datuk Rosyam Nor mendedahkan faktor dirinya aktif dalam dunia lakonan sebelum ini adalah disebabkan tidak berminat menimba ilmu pelajaran.

Ujar Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 58, walaupun dirinya kurang minat dalam pelajaran namun dia merupakan seorang pelajar yang berdisiplin serta menjadi ketua darjah sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Tambahnya lagi, dia merasakan kata-kata guru sebagai satu doa yang telah membawanya menjadi salah seorang selebriti terkenal tempatan pada hari ini.

“Saya nakal dan agresif, tapi kena ingat saya jadi ketua darjah daripada darjah dua hingga tingkatan lima, saya pemimpin yang baik di sekolah.

“Walaupun saya nakal saya seorang yang berdisiplin di sekolah. Cikgu-cikgu di sekolah mengenali saya sebagai murid yang patuh dan saya mewakili sekolah dalam syarahan.

“Walaupun saya ketua darjah tapi saya tak suka belajar sebab itu cikgu saya cakap “hang punya muka ni, hang jadilah pelakon, hang tak payah belajar”, masa itu cikgu bercakap waktu saya tingkatan lima.

“Saya tak terfikir pun mungkin itu satu doa, ingat bila cikgu cakap, dia macam ibu bapa kita di sekolah, sebab itu saya jemput dia hadir walaupun dalam keuzuran dalam tanyangan filem ini,” katanya kepada URTV.

Perkara ini dikongsikan oleh Rosyam Nor ketika ditemui menerusi acara Malam Gala & Sidang Media filem Memoir Seorang Guru yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, semalam.

Pilih naskhah mampu kekalkan nama, bayaran nombor dua

Dalam masa yang sama, Rosyam, yang memegang watak sebagai Cikgu Sunan dalam filem Memoir Seorang Guru, turut menyatakan bahawa sebagai pemegang watak utama, adalah tanggungjawabnya menjadi penggerak untuk memastikan filem yang dihasilkan berkualiti dan bermutu.

Malah, dia turut merasakan bekerja dengan bajet yang terhad bukan satu halangan, kerana yang lebih penting baginya adalah naskhah penceritaan yang menarik yang dapat meningkatkan reputasinya dalam industri lakonan.

“Tanggungjawab saya, sebab bila kita bekerja dengan produksi dengan ekonomi bajet yang kecil, dan saya menggalas watak utama. Saya lihat kalau tak gerakan pelakon-pelakon yang lain untuk bekerja hasilnya tidak mungkin sebaik ini.

“Saya bekerjasama dan ianya agak sukar di set dimana pengambaran adalah bermula dengan yang tua dahulu baru bawa kepada ‘flashback’. Bila ‘flashback’ ceritanya melompat-lompat babak.

“Jadi macam mana nak momentumkan lakonan itu agak sukar untuk jaga. Tapi akhirnya kami menjadi satu keluarga dalam membuat satu filem, itu yang menarik.

“Bukan masalah pada bajet, tapi bekerja untuk naskhah dan itu paling penting. Saya mencari naskhah yang boleh mengekalkan nama saya dan melonjakan nama saya, sebab itu saya memilih Memoir Seorang Guru ini.

“Bayaran bagi saya adalah nombor dua. Bayaran tidak penting tapi hasil yang kekal selama-lamanya,” jelasnya.

Watak Cikgu Sunan terlalu sukar

Selain itu, dia juga menganggap cabaran terbesar dalam membawa watak sebagai seorang guru adalah memerlukan ketegasan.

Walau bagaimanapun, Rosyam tetap mengalirkan air mata tanpa dipaksa apabila dialog dan jalan cerita pada beberapa babak yang menyentuh hatinya.

“Watak ini terlalu sukar bagi saya sebab dia tegas tapi orang nak kena rasai…dalaman Sunan tu terlalu kuat. Tapi alhamdulillah, saya melihat bukan diri saya, selepas suku pertama saya meleleh air mata, walaupun babak itu hanya bercakap tetapi dialog yang dikeluarkan menyentuh dan menyetap.

“Babak paling sedih apabila perlu cium tangan anak murid. Pada awalnya menjadi perdebatan kenapa perlu cium tangan anak murid?.

“Tapi saya cakap tak salah untuk seorang guru memohon maaf kepada anak muridnya, tidak salah untuk ibu bapa mohon maaf kepada anaknya.

“Dan bila saya mencium tangan itu, saya meletakkan kesalahan dan memohon keampunan kepada anak murid. Saya kira itu babak keegoan Sunan akhirinya meletakkan egonya dibawah. Saya rasa, kesedihan kali ini berbeza dan tidak dipaksa. Walaupun kita bercakap tapi sedihnya terlalu mendalam mungkin sebab jiwa novel itu juga,” katanya.

Filem Memoir Seorang Guru yang diadaptasi dari novel Allahyarham Azizi Haji Abdullah, menjanjikan kisah yang menyentuh dan memperjuangkan peranan seorang pendidik hasil terbitan Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan KalamAriff Holdings Sdn. Bhd.

Selain Rosyam, filem berkenaan turut dibintangi barisan pelakon antaranya Kiky Hannah, Danish Zamri, Baqri Jamalullail, Hafiy Tamis, dan banyak lagi.

Naskhah hebat yang menjanjikan pengalaman menarik dan menggamit kenangan itu bakal ditayangkan pada 30 Mei ini di pawagam seluruh negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This