SELEPAS kejayaan Yuna dan Layla Sania, kini penyanyi Iman Troye muncul artis berhijab kelahiran Malaysia ketiga apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat.
Malah, sebelum ini kumpulan Dolla turut terpilih menjayakan kempen EQUAL yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara.
Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin merupakan wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
โAlhamdulillah, Saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ia satu kejayaan yang besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan, apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita Malaysia yang berhijab.
โSaya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dan berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,โ katanya kepada URTV.
Iman mula mencuri perhatian rakyat Malaysia selepas membuat banyak rakaman nyanyian semula atau โcoverโ lagu-lagu popular artis tempatan yang telah menggegar ruang media sosial secara mengejut.
Dia kemudian mencipta fenomena tersendiri lewat lagu Teman yang sehingga kini telah meraih 45 juta tontonan di laman YouTube.
Lagu hari raya nyanyiannya iaitu Pejam Celik Hari Raya juga telah mendapat tontonan sebanyak 11 juta sejak dilancarkan Aidilfitri lalu.
Berbekalkan suara yang unik dan penampilan yang comel dan menawan, Iman terus mencuri perhatian peminat muzik tempatan dan kini tampil dengan lagu baharu bejudul Nang yang sudah pun mendapat lebih dua juta tontonan sejak dilancarkan beberapa minggu lalu.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

