KEHADIRAN selebriti versatil, Neelofa di sebuah majlis jenama fesyen antarabangsa terkenal menjadi perhatian ramai oleh kerana figura terkininya yang semakin jelas menampakkan ‘baby bump’.

Walaupun pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini tidak mengesahkan berita kehamilannya, namun foto terbaru yang dimuatnaik di laman Instagram jelas memperlihatkan bahawa bekas pengacara program MeleTOP ini sedang sarat hamil.

Terdahulu, Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail memberitahu bahawa berita kelahiran cahaya mata lebih baik dihebahkan berbanding kehamilan.

“Sebenarnya kalau nak berkongsi tentang cahaya mata, kita lebih digalakkan untuk berkongsi tentang berita kelahiran berbanding kehamilan. Itu yang lebih baik sebenarnya,”

Dia berpendapat bahawa pelbagai perkara boleh terjadi dan sangat mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai.

“Saya sangat menginginkan doa yang baik-baik, kata-kata yang positif. Saya nak cakap lebih pun takut.

“Perkara ini sangat sensitif. Jadi kalau yang nampak saya berbeza itu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah,”

Tinjauan UtusanTV di ruangan komen melihat rata-rata peminat menitipkan doa buat Neelofa dan ada yang memuji wajahnya semakin menampakkan seri keibuan apatah lagi menggayakan persalinan yang longgar dan menutup aurat.

Untuk info, Neelofa dan Haris Ismail melangsungkan pernikahan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram