PTTI kukuhkan peranan pendidikan dengan pembukaan cawangan ketiga di Shah Alam, sasar 12,000 calon SPM seluruh negara ikuti sesi pembelajaran

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PUSAT tuisyen terkemuka negara, PTTI, terus memperkukuh peranannya dalam pendidikan menengah apabila melancarkan cawangan ketiga di Shah Alam hari ini. 

Langkah strategik ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, khususnya untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelancaran ini turut menyaksikan PTTI menyasarkan penyertaan 500 pelajar SPM 2025 dari kawasan Shah Alam, serta menetapkan sasaran 12,000 pelajar secara keseluruhan di seluruh negara yang akan mengikuti sesi pembelajaran sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.

Sejak penubuhannya, PTTI telah membantu melahirkan ribuan pelajar cemerlang termasuk ratusan pelajar straight A. 

Kejayaan ini didorong oleh pendekatan pembelajaran berfokus peperiksaan, modul interaktif, bimbingan berterusan dan pengisian motivasi yang menyeluruh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, pembukaan ini mencerminkan komitmen berterusan PTTI terhadap aspirasi pendidikan negara.

“Kami mahu setiap anak bangsa merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan tetapi berkesan. 

“Sasaran 500 orang pelajar di Shah Alam dan 12,000 pelajar di seluruh negara bukan sekadar angka, ia adalah amanah besar yang akan kami laksanakan sebaiknya,” ujarnya ketika majlis pelancaran.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Duta PTTI iaitu penyanyi rap MK K-Clique dan bintang muda Iman Troye, yang berkongsi inspirasi kepada para pelajar yang hadir.

“Ilmu adalah kunci masa depan. Saya bangga bersama PTTI kerana mereka bukan hanya mengajar, tetapi membimbing anak-anak muda untuk jadi insan yakin dan berdisiplin,” kata MK K-Clique.

Sementara itu, Iman yang telah bersama PTTI sejak empat tahun lalu berkongsi cabaran sebagai pelajar yang mengejar impian.

“Saya yakin PTTI mampu bantu lebih ramai pelajar berjaya SPM setiap tahun. 

“Cara mereka mengajar sangat mudah difahami dan seronok,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada misinya membantu lebih ramai pelajar, PTTI turut mengumumkan pelancaran Seminar Shortcut Last Minute SPM yang akan berlangsung secara dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos ini.

Program percuma ini terbuka kepada semua calon SPM 2025 di Malaysia dan boleh diakses melalui pendaftaran di laman rasmi PTTI, www.ptti.my. 

Seminar ini dirangka untuk memberikan strategi akhir yang padat, mudah dan berkesan bagi membantu pelajar membuat persediaan terbaik menjelang peperiksaan.

Dengan pembukaan rasmi cawangan baharu ini, PTTI memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju pusat tuisyen moden yang menyediakan pendidikan berimpak tinggi, bukan sekadar untuk cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga membentuk insan yakin dan bermotivasi tinggi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This