PASANGAN selebriti Hollywood terkenal, Shawn Mendes dan Camila Cabello akhirnya memutuskan hubungan selepas dua tahun menjalin kasih dan membawa haluan masing-masing.

Berita perpisahan itu diumumkan oleh Shawn Mendes,23, dan Camila Cabello,24, di Insta-Story masing-masing mengenai keputusan untuk tidak lagi menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.

Menariknya, pasangan ini melakukan keputusan untuk berpisah secara profesional dan akan terus berkawan baik meskipun tidak lagi memadu cinta.

“Hai semua, kami telah membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan kami tetapi cinta kami antara sebagai manusia akan tetap kuat.

“Kami bermula sebagai kawan baik dan akan terus menjadi kawan baik. Kami sangat menghargai sokongan anda dari awal,” tulis mereka menerusi entri di Insta Story.

Terdahulu, pasangan ini mendedahkan mereka mula menjalinkan hubungan istimewa pada 4 Julai 2019 dan pernah merakamkan lagu hit bersama iaitu Senorita dan I Know What You Did Last Summer.

Shawn dan Camila mula membuat penampilan umum pertama sebagai pasangan pada Ogos di MTV Video Music Awards ketika mempersembahkan duet Senorita.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram