PRN Melaka: 10 janji Abdul Razak bukan omong kosong

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERNAH tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak pernah mematahkan semangat Datuk Abdul Razak Abdul Rahman untuk terus berkhidmat kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.

Walaupun kalah dengan majoriti 1,288 undi kepada Datuk Noor Effendi Ahmad dalam PRU-14 lalu, nama Abdul Razak sekali lagi diberi kepercayaan oleh Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini.

Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kali ini, Abdul Razak tidak tampil dengan ‘tangan kosong’ tetapi memberi 10 janji kepada pengundi DUN Telok Mas sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu, Sabtu ini.

Menyentuh mengenai tawaran yang diberikannya itu, Abdul Razak yakin dan percaya ia bukan omong kosong tetapi kesemuanya boleh dilaksanakan demi kebajikan serta kepentingan penduduk di Telok Mas.

Daripada 10 janji tersebut, antara yang menarik perhatian termasuk kekal setia bersama BN bagi menjamin kestabilan politik dan memberi perhatian kepada peniaga-peniaga kecil tempatan.

Selain itu, Abdul Razak turut berhasrat menjadikan DUN Telok Mas sebagai lubuk pelancongan makanan ikan bakar yang sememangnya terkenal di kawasan Umbai dan Alai.

Baca artikel berkaitan: 16 kompaun dikeluarkan kepada parti langgar SOP di PRN Melaka

“Saya meletakkan janji pertama untuk kekal setia bersama BN kerana merasakan apa juga perancangan kita, kestabilan politik itu penting.

“Kalau kita lompat sana sini, bila masa kita nak buat kerja untuk rakyat.

“Dari segi kempen, bila bertanding kali kedua ini orang dah kenal dan saya pun yakin warga Telok Mas telah menerima risalah janji yang saya edarkan ini. Ini bukan satu janji momokan kosong,” katanya kepada UtusanTV.

Abdul Razak bakal berdepan saingan empat penjuru menentang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen; Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghad dan calon Bebas, Muhammad Ariff Adly Mohamad.

Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (dua dari kiri) meluangkan masa beramah mesra bersama sebahagian penduduk kampung ketika mengadakan lawatan mesra di sekitar kawasan DUN Telok Mas, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Mengulas lanjut, Abdul Razak jelas tidak gentar menghadapi cabaran tersebut malah menyifatkan semua calon yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing.

Namun begitu, secara peribadi, Abdul Razak tetap merasakan PRN Melaka itu sepatutnya tidak perlu diadakan apatah lagi negeri itu baru sahaja beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya anggap semua ada kelebihan masing-masing bertanding mengikut Perlembagaan dan sistem demokrasi tetapi saya yakin serta percaya dengan gerak kerja BN setakat ini.

“Walaupun tewas dalam PRU-14 lalu, kita hanya rehat selama satu minggu sahaja, selepas itu kita terus bergerak buat kerja sehingga hari ini,” jelas beliau.

Calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (tengah) meluangkan masa beramah mesra bersama sebahagian penduduk kampung ketika mengadakan lawatan mesra di sekitar kawasan DUN Telok Mas, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gelandangan warga asing ditahan rosakkan kereta polis guna bata

SEORANG lelaki warga asing dipercayai gelandangan ditahan selepas disyaki membaling seketul bata sehingga merosakkan sebuah kenderaan Polis Diraja Malaysia...

More Articles Like This