Ketua UMNO Kota Melaka, Abdul Razak tawar diri tanding MKT

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Abdul Razak, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas berkata, beliau membuat keputusan itu untuk memastikan UMNO terus relevan kepada semua golongan masyarakat terutama generasi masa depan.

Menurut Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka itu, beliau percaya pengalaman yang dimiliki mampu menyerlahkan UMNO kepada masyarakat sekali gus memperkukuh parti.

“Dengan penuh keinsafan dan berbekalkan pengalaman dalam politik bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan; Ketua Pemuda UMNO Bahagian; Exco Pemuda UMNO; Bendahari Pemuda UMNO dan kini Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan ahli MKT pada pemilihan parti penggal ini.

“Atas semangat untuk terus menyumbang kepada parti, saya percaya dengan pengalaman yang ada akan dapat membantu menyerlahkan lagi UMNO kepada masyarakat di negara ini sekali gus mahu memperkukuh parti keramat ini.

Baca artikel berkaitan: PRN Melaka: 10 janji Abdul Razak bukan omong kosong

“Insya-Allah, saya akan serahkan borang pencalonan pemilihan MKT ini dalam tempoh tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat iaitu bermula pada 13 Februari sehingga 26 Februari pukul 5 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Razak yang juga bekas Bendahari Pemuda UMNO turut mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka pada pemilihan parti bermula bulan ini.

UMNO akan mengadakan pemilihan parti bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac depan di semua peringkat bagi mematuhi pindaan Perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pemilihan itu akan membabitkan sebanyak 22,000 cawangan serta 191 bahagian UMNO di seluruh negara termasuk bahagian yang digantung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This