BUAT peminat kumpulan Rock legenda iaitu Search, pastinya tidak sabar menanti cenderamata daripada koleksi jenama band terkemuka negara itu.

Justeru, ahli kumpulannya iaitu Noor dan Kid kini tampil dengan Rockology Search : Kid’Din Collection Series yang mengandungi 17 barangan istimewa dalam satu Rockobox.

Malah, Cakera Padat (CD) berkembar mengandungi 22 lagu Search yang dipilih sendiri oleh Noordin dan Kid iaitu Melastik Ke Bintang dari album Karisma, Purnama (Fenomena 2003), Analogi 0.1 (Rampage), Neo Romantik (Rampage), Balada Pemuzik Jalanan (Double Trouble 2), Teguh (Karisma), Bencana (Fenomena 2003), Mancis Dah Basah (Bikin Wilayah), Honky Tong Kosong (Gema Di Timur Jauh), Feel The Pain (Rampage) dan Kereta Merah (Rock & Roll Pie).

CD kedua pula mengandungi lagu Panggung Khayalan dari album Rock & Roll Pie, Di Pintu Sepi (Double Trouble 2), Bersalah Atau Tidak (Gema Di Timur Jauh), Bayangan Baiduri (Bikin Wilayah), Andai Ku Miliki Semalam (Gema Di Timur Jauh), Diari Habil & Qabil (Rock & Roll Pie), Paranoid (Karisma), Menara Kesesatan (Fenomena 2003), Rock & Roll Pie (Rock & Roll Pie), Roket (Gema Di Timur Jauh) dan Orait Mama (Karisma).

Turut dimuatkan ialah trek bonus iaitu solo gitar daripada Noordin.

Penerbit dan pemilik Home Of Champions, Mozylir Mokhtaruddin berkata, idea menghasilkan Rockology Search : Kid’Din Collection Series ini diilhamkan Noordin ketika situasi penularan Covid-19 di negara ini dalam keadaan membimbangkan.

“Ketika itu konsert dan persembahan Search ditunda dan dibatalkan berikutan penularan Covid-19. Selepas mengambil kira beberapa faktor, saya, Noordin dan Kid sebulat suara untuk mengeluarkan kompilasi lagu berat dan balada terbaik yang dipilih sendiri oleh mereka berdua.

“Ia dihasilkan khas dalam bentuk ‘box set’ bersama 17 barangan istimewa khas buat peminat Search,” katanya.

Sementara itu, Noordin berkata, semua lagu berkenaan adalah daripada album Search yang diterbitkan syarikat Go Search Sdn Bhd.

“Pada Mac 2020, Amy secara rasmi mengumumkan pengumuman diri daripada Search untuk memberi peluang kepada anggota yang lain meneruskan aktiviti kumpulan ini.

“Proses ‘remastered’ semua lagu ini, kami lakukan mengikut prosedur yang betul. Lagipun saya dan Kid ada hak kerana sehingga ke hari ini kami masih anggota Search,” ujarnya.

Tambah Noordin, dia juga merancang untuk merakamkan semula lagu-lagu Search pada masa akan datang dengan menggunakan khidmat penyanyi dan pemain bass yang lain.

Ditanya mengenai pemilihan lagu-lagu ini, Noordin berkata, semuanya menampilkan muzik dan teknik permainan gitar terbaik yang pernah dia dan Kid rakamkan dalam album-album Search.

“Ia adalah rakaman gitar terbaik daripada kami berdua. Ia dari segi teknik, muzik dan solo gitar,” katanya.

Rockology Search : Kid’Din Collection Series hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian mulai 17 November dengan harga RM299.

Ia boleh dibeli di laman web www.fenomenasearch.com, Facebook Home Of Champions, Instagram @homeofchampions.store atau WhatsApp 016-2704544.

Selain itu, pembeli turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menampilkan tiga hadiah hebat iaitu Gema Di Timur Jauh custom made guitar (Noordin signature series), Rampage custom made guitar (Kid signature series) dan penginapan dua hari satu malam di Hotel Hard Rock, Desaru Coast, Johor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram