PELAKON terkenal Bollywood Preity Zinta mengejutkan peminatnya dengan khabar gembira apabila dia kini menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang.
Bayi kembar itu diberi nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira kami dengan anda semua hari ini. “Saya dan suami, Gene Goodenough sangat gembira serta rasa bersyukur dan kasih sayang dengan kehadiran anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough ke dalam keluarga kami.
“Saya Sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami ini,” katanya menerusi Instagram, semalam (Khamis).
Malah, pelakon yang terkenal menerusi filem Chori Chori Chupke Chupke ini turut menzahirkan penghargaan kepada ibu tumpang bagi melahirkan anak kembarnya.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” ujarnya.
Ibu tumpang ialah proses menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan nilai tentu.
Tidak hanya peminat yang gembira dengan berita tersebut, maalah rakan selebriti juga tidak terlepas meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.
Preity dan Gene menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum berkahwin pada 29 Februari 2016.
Aktres jelita itu membuat keputusan berpindah ke Amerika Syarikat selepas mendirikan rumah tangga.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

