Covid-19: Pelakon senior Fetty Dzul meninggal dunia

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON popular era 1970-an dan 1980-an, Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19 kategori lima pada pukul 7.30 pagi tadi.

Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd. Rahim, 63, menghembuskan nafasnya terakhir di unit rawatan kecemasan (ICU) Hospital Selayang selepas dua minggu bertarung melawan wabak maut itu. 

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh anaknya iaitu Ijat kepada pihak media.

โ€œSemoga Allah S.W.T mengampuni mamy (panggilan Fetty) dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Amin.

โ€œTerima kasih atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arwah mamy. Kami sekeluarga bagi pihak mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada melakukan salah silap sepanjang perkenalan dengan semua.

โ€œMinta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwah mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang!โ€ katanya.

Sebelum ini menerusi Instagram Persatuan Seniman Malaysia pada 9 November lalu, Fetty dimaklumkan sedang kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan ketika ditempatkan di ICU di Hospital Selayang.

Sepanjang penglibatannya dalam liga seni, nama Fetty begitu dikenali peminat kerana sering tampil memegang karakter antagonis menerusi drama atau filem. 

Fetty juga merupakan antara pelakon terawal yang terbabit dengan siri drama kepolisan terbitan Datuk Yusof Haslam iaitu Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota sekitar tahun 1980-an.

Fetty kemudiannya meninggalkan Malaysia selama empat tahun pada awal 1990-an kerana mengikuti Allahyarham suaminya bertugas di Amerika Syarikat.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This