BARU-baru ini, berita penyanyi rap Caprice diijabkabulkan dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal telah menggemparkan ramai termasuklah jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Menurut laporan mStar, Hasmiza Othman atau mesra dikenali sebagai Vida mengakui janda berasal dari negeri Kelantan masih memiliki ‘saham’ tinggi dan sering menjadi rebutan oleh lelaki bujang.

“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan. Saya tengok dekat TikTok pun ramai lelaki nak kahwini janda,” katanya.

Vida turut menambah bahawa janda zaman sekarang lebih cantik dan gemar berhias sehingga menjadi idaman lelaki bujang.

“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik, itulah sebab anak teruna ramai gilakan janda. Kalau tak manalah orang gilakan kita sampai macam tu sekali,” ujarnya.

Penyanyi lagu ‘I Am Me’ ini turut berkongsi bahawa dia pernah dihampiri oleh beberapa lelaki bujang yang berhasrat untuk memperisterikannya sepanjang empat tahun memegang status ibu tunggal.

“Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riak pula…tapi hati tak boleh dipaksa-paksa terima orang,” luahnya.

Namun, Vida memaklumkan dia masih belum bersedia untuk bergelar isteri oleh kerana masih trauma akan perkahwinan lalu dan kini lebih selesa hidup sendiri bersama anak-anaknya.

“Apabila hati dah retak lagi la takut..lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap.

“Saya berhibur dengan cara saya setakat ini, buat apa suka.. nak bercuti, nak membeli belah saya buat sendiri sahaja,” katanya.

Terdaulu, hangat diperkatakan Vida dan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkifli mempunyai perancangan untuk disatukan pada Disember ini namun dikhabarkan kisah cinta mereka sudah berakhir dan segala persiapan telah dibatalkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram