Nikmat Syukur seekor siput

Ada seekor siput yang selalu memandang sinis terhadap si katak. Suatu hari si katak yang hilang kesabarannya pun berkata kepada si siput.

“Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan sehingga anda begitu membenci saya?”

Siput menjawab, “kalian semua kaum katak sangat beruntung kerana mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari dengan cepat dan bebas. Sedangkan aku membawa cengkerang yang berat ini, dan hanya merangkak dengan lambat di tanah. Jadi aku sangat sedih.”

Mendengar kata si siput, lalu katak pun bersuara, “Setiap kehidupan memiliki kekurangan dan kelebihannya masing-masing. Hanya kamu sahaja yang melihat kelebihan saya tetapi tidak melihat kekurangan kami.”

Sedang mereka leka berbicara, tiba-tiba muncul seekor helang besar yang terbang ke arah mereka. Menyedari kehadiran helang, siput segera menyembunyikan diri dalam cengkerang, tetapi katak tidak berjaya melarikan diri dan akhirnya disambar si helang.

Melihat itu, akhirnya si siput sedar, ternyata cengkerangnya yang berat dan dilihat sebagai beban rupanya adalah kelebihan baginya.   

Kehidupan tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. Iri hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan.

Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang ringgit yang berkepuk-kepuk. Bukan juga punya rumah mewah atau kereta yang banyak. Rezeki sebenarnya adalah punya jiwa dan hati yang tenang, kerana ketenangan dan kebahagiaan itu sangat mahal harganya.

Bukan kebahagiaan yang menjadikan kita bersyukur tetapi bersyukurlah yang akan menjadikan hidup kita bahagia. Bersyukurlah selalu dan itulah kunci bahagia.

__________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare